Article
Lelaki Diberkas Miliki Pistol Dan Dadah
Sungai Petani - Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas selepas polis menemui empat pucuk pistol dan sejumlah dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah...
Sungai Petani - Seorang lelaki berusia 52 tahun diberkas selepas polis menemui empat pucuk pistol dan sejumlah dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Ria di sini awal pagi semalam.
Difahamkan, serbuan pertama yang dilakukan ke atas rumah suspek pada Isnin lalu itu menemui sepucuk pistol dan sejumlah syabu bernilai kira-kira RM20,000, namun tiada tangkapan dibuat.
Polis kemudiannya membuat intipan dan bertindak menahan suspek ketika dia pulang ke rumah sewanya itu bersama seorang wanita berusia 20-an yang merupakan warga asing pada awal pagi semalam,
Pemeriksaan lanjut menemui sepucuk lagi pistol di dalam kenderaan jenis Toyota Estima dinaiki suspek manakala dua lagi pistol disembunyikan di dalam kandang anjing.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya memberitahu, suspek disyaki seorang pengedar dadah yang mendapatkan bekalan dari Pulau Pinang untuk dihantar ke Thailand,
''Kita masih menyiasat latar belakang suspek dan kita akan mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut," tambahnva.
Sumber: Akhbar Kosmo