Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasangan Kekasih Lepas Gian Dadah Dicekup

Diterbitkan: 08 Jan 2015 3.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Miri, 7 Jan. - Sepasang kekasih sanggup menyewa sebuah bilik hotel di Jalan Bendahara di sini, untuk dijadikan lokasi melepaskan gian dadah agar tidak dicekup oleh polis,
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasangan-kekasih-lepas-gian-dadah-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:08 MYT
Pasangan Kekasih Lepas Gian Dadah Dicekup

Miri, 7 Jan. - Sepasang kekasih sanggup menyewa sebuah bilik hotel di Jalan Bendahara di sini, untuk dijadikan lokasi melepaskan gian dadah agar tidak dicekup oleh polis, 

Namun, taktik digunakan itu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila kegiatan mereka berjaya dikesan dan diberkas dalam serbuan semalam. 

Jurucakap polis berkata, semasa diserbu pada pukul 11 pagi, suspek lelaki berusia 38 tahun dan teman wanitanya berusia 34 tahun itu tidak menyedari kehadiran polis kerana sedang leka menghisap dadah disyaki jenis syabu. 

Katanya, pasangan kekasih terbabit sudah lama menjadikan beberapa hotel bajet di sekitar bandar raya ini sebagai lokasi melepaskan gian dengan harapan aktiviti mereka tidak dikesan. 

"Kedua-dua suspek berada dalam keadaan khayal dan tidak menyedari kehadiran sepasukan anggota polis dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri yang menyerbii bilik mereka"

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan kekasih tersebut. 

Beliau memberitahu, polis turut merampas satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.13 gram daripada pasangan terbabit.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia
ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2015 3.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM