Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Diberkas Cuba Ancam Keselamatan Ibu Bapa Di Hulu Tere

Published: 18 Jun 2014 5.21 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Hulu Terengganu, 11 Nov - Biarpun pernah dipenjara kerana mencederakan bapa sendiri dengan pedang samurai tahun lepas, hukuman itu tidak sedikit pun menginsafkan seorang lelaki di sini apabila dia sek..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-diberkas-cuba-ancam-keselamatan-ibu-bapa-di-hulu-tere
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:08 MYT

Hulu Terengganu, 11 Nov - Biarpun pernah dipenjara kerana mencederakan bapa sendiri dengan pedang samurai tahun lepas, hukuman itu tidak sedikit pun menginsafkan seorang lelaki di sini apabila dia sekali lagi mengulangi perbuatan sama.

Lelaki berusia 24 tahun yang pernah dipenjara selama lapan bulan itu sekali lagi mengancam keselamatan ibu bapanya yang enggan memberikan wang yang dimintanya Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim berkata bekas banduan itu mengamuk dan hampir menikam ibunya dengan pisau apabila permintaannya tidak dipenuhi.

Bapa lelaki itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu semalam.

"Lelaki itu ditahan di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi ini," katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu hari ini. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.21 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM