Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Anggota Geng Ca Un Ditahan Selesai 22 Kes Samun Dan Pe

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Ipoh, 11 Nov - Polis menahan lima anggota Geng Ca'un yang sangat dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan samun bersenjata dalam serbuan di sebuah rumah lama di Kampung Tanah Hitam d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-anggota-geng-ca-un-ditahan-selesai-22-kes-samun-dan-pe
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:09 MYT

Ipoh, 11 Nov - Polis menahan lima anggota Geng Ca'un yang sangat dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan samun bersenjata dalam serbuan di sebuah rumah lama di Kampung Tanah Hitam dekat Chemor di sini, awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata dengan tertangkapnya suspek terbabit, polis menyelesaikan 22 kes pecah rumah dan samun di sekitar Ipoh selain beberapa jenayah sama di Taiping, Teluk Intan, Kampar dan Sungai Siput.

Geng itu yang bergerak aktif sejak setahun lepas, diketuai seorang lelaki berumur 25 tahun serta dua lagi suspek masing-masing berumur 19 tahun. Ketiga-tiganya berasal dari Chemor.

"Dua yang lain berumur 21 tahun masing-masing dari Kampung Padang Tembak, Teluk Intan dan Kampung Muhibbah, Tapah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Katanya kumpulan ini banyak melakukan jenayah pecah rumah dan samun di Kampung Cik Zainal, Chemor ekoran banyak aduan dari penduduk di sekitar kampung itu mengenai kegiatan terbabit.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, beliau berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang tidur di dalam rumah terbabit yang dijadikan tempat penginapan dan menyimpan barang curi, pada pukul 4.30 pagi.

"Polis menemui pelbagai barangan dan peralatan curi termasuk tujuh bilah parang, sebilah pisau pemotong, tiga topeng muka, dua walkie talkie, tiga sarung tangan, tiga televisyen LCD, dua video rakaman, 14 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM milik seorang suspek," katanya.

Katanya sebelum serbuan dilakukan mereka dilaporkan telah melakukan jenayah samun di kawasan Kanthan, Chemor di sini tengah malam semalam.

Beliau berkata sebelum ini seorang daripada mereka pernah ditahan dan susulan tangkapan itu lebih ramai individu yang menganggotai geng itu dan bertindak lebih ganas apabila menggunakan senjata tajam ketika melakukan jenayah.

Katanya kesemua mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM