Lelaki Curi Kenderaan Mewah Terpaksa Serah Diri Isteri Gagal Larikan Diri
Seorang ahli kumpulan mencuri kenderaan mewah yang baru sahaja memecah masuk sebuah rumah di Jelapang serta melarikan sebuah kenderaan jenis Honda HRV milik mangsa menyerah diri kepada pihak polis petang semalam iaitu kira-kira 11 jam selepas melakukan jenayah tersebut.
Ketua Polis Daerah, ACP Sum Chang Keong berkata, lelaki berusia 30 tahun yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak dua tahun lalu terpaksa bertindak demikian setelah menyedari isteri dan ibu mentuanya gagal melarikan diri apabila dikejar sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan operasi.
Sumber: Utusan Malaysia