Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Bawa Empat Pelajar Masuk Hutan Ditahan

Published: 18 Jun 2014 2.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Baling, 17 Okt - Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang terbabit membawa empat pelajar dari Kampung Bukit Rawa, Sedim ke dalam hutan simpan Gunung Inas dekat sini pada petang Aidiladha Sel..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-bawa-empat-pelajar-masuk-hutan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:00 MYT

Baling, 17 Okt - Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang terbabit membawa empat pelajar dari Kampung Bukit Rawa, Sedim ke dalam hutan simpan Gunung Inas dekat sini pada petang Aidiladha Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling ASP Md Nazir Osman berkata lelaki berkenaan ditahan di kawasan rumah keluarganya di Kampung Sungai Buluh, Karangan dekat sini pukul 12.30 tengah hari tadi.

Lelaki itu dipercayai membawa empat pelajar memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini Selasa lepas.

Empat pelajar itu yang kemudiannya dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat petang semalam.

Mereka iaitu Mohd Hafiz Ridzuan, 14, Ahmad Mohamad Md Dahari, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui di Lata Lubuk Buluh pada pukul 6.45 petang kira-kira enam kilometer dari kaki gunung tersebut.

Seorang lagi mangsa iaitu kakak kepada Ahmad Mohamad, Aina Nadia, 13, ditemui dalam keadaan pengsan dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan.

Penduduk dan waris kepada empat pelajar berkenaan bersyukur dengan tertangkapnya lelaki berkenaan yang menyebabkan anak-anak mereka terpedaya dengan helah lelaki itu untuk membawa pelajar berkenaan masuk ke dalam hutan Simpan Gunung Inas kononnya untuk menjerat monyet.

Md Dahari Jahaya, 57, bapa dua mangsa tersebut berkata beliau bersyukur dengan tertangkapnya lelaki itu.

"Saya serahkan kepada pihak berkuasa dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya sepanjang mareka berada dalam hutan Simpan Gunung Inas," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM