Article
Lebih 2 000 Kain Rentang Dan Pelekat Ah Long Diturun Di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 13 Nov - Sejumlah 2,622 keping kain rentang dan pelekat berkaitan peminjaman wang tanpa lesen 'Ah Long' diturunkan dalam Ops Vulture di sekitar...
Kota Kinabalu, 13 Nov - Sejumlah 2,622 keping kain rentang dan pelekat berkaitan peminjaman wang tanpa lesen 'Ah Long' diturunkan dalam Ops Vulture di sekitar sini yang dijalankan bagi tempoh Oktober hingga November ini.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata sepanjang tempoh itu, dua individu lelaki ditangkap masing-masing berumur 24 dan 34 tahun dipercayai terlibat dalam sindiket itu.
"Untuk kegiatan Ah Long, pemberi pinjam wang tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 5(1)(2)Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 iaitu menjalankan perniagaan memberi pinjam wang melainkan mempunyai lesen di bawah akta ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini, hari ini.
Dalam operasi hari ini yang diadakan selama empat bermula jam 9 pagi, katanya, sebanyak 883 keping kain rentang dan pelekat berkaitan peminjaman wang tanpa lesen diturunkan di sekitar Luyang, Inanam, Menggatal dan Tanjung Aru.
Chandra berkata operasi bersepadu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti itu.
Bagaimanapun beliau berkata kegiatan Ah Long di bandar raya ini masih terkawal dan belum ada laporan mengenai penggunaan kekerasan berhubung aktiviti itu. -BERNAMA