Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15

Published: 10 Jun 2014 1.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia selaku Pegawai Pemerintah. YDH Supt. Hamzah bin Ahmad bertindak sebagai Peno..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/le-tour-de-langkawi-2010-edisi-ke-15
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:04 MYT

Kuala Lumpur - 7 Mac 2010. Edisi ke-15 Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL 2010) membuka tirainya di Kota Bharu pada 1 Mac 2010 dan tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2010, di mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan  penaja dan penganjur utama Le Tour de Langkawi 2010.

Le Tour de Langkawi 2010 akan mengharungi laluan di kawasan timur, selatan dan tengah Semenanjung Malaysia secara berperingkat selama tujuh hari. Laluan perlumbaan ini akan merentasi Jalan Persekutuan, Negeri dan Bandaran yang berbukit bukau, berliku-liku dan curam serta kawasan persisiran pantai sejauh 1013.9 km manakala jarak laluan ke tempat permulaan/penamat/hotel penginapan ialah sejauh 950 km.

Perlumbaan basikal ini merupakan agenda nasional di mana ianya berjaya mengumpulkan badan-badan kerajaan persekutuan, negeri dan daerah serta badan-badan beruniform sambil mempromosikan negara di mata dunia. Dijangka seramai 1.8 bilion penduduk dunia akan menyaksikan Le Tour de Langkawi 2010 yang akan disiarkan oleh 20 buah stesyen televisyen. Seramai lebih kurang 1200 orang pegawai perlumbaan, urusetia kejohanan, pegawai-pegawai dan anggota badan beruniform serta sukarelawan terlibat di Le Tour de Langkawi 2010 dan penggunaan sebanyak  400 buah kenderaan bagi kegunaan sepanjang Le Tour de Langkawi 2010.

LTdL 2010 adalah perlumbaan basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia. Tahun ini merupakan tahun keenam berturut-turut acara ini masih dikekalkan status 'Hors Classe 2.0' dan diiktirafkan oleh pihak Union Cyclist Internasional (UCI), hanya kepada negara-negara penganjur yang berkredibiliti penganjurannya dan tahap keselamatan berada di tahap maksimun. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1996, LTdL 2010 yang telah memasuki edisi ke-15 telah menarik penyertaan seramai 112 orang pelumba yang datang dari 30 buah negara, dari 20 pasukan profesional dari Eropah dan Asia. Tiap-tiap pasukan ini akan diwakili oleh 6 orang pelumba yang bertaraf 'Pro Tour Teams' - 5 pasukan, 'Continental Profesional Teams' - 1 pasukan, 'Continental Teams' - 11 dan 'Nasional Teams' - 3 pasukan.

Perlumbaan berlangsung pada hari pertama iaitu 1 Mac 2010 dimana peserta bermula di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan dan tamat di Jalan Besar,Kuala Berang, Terengganu yang membabitkan perjalanan sejauh 174.5 kilometer. Laluan kedua, peserta meneruskan perjalanan dari  Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu ke Jalan Padang, Chukai dengan jarak kayuhan sejauh 182.3 kilometer. Laluan ketiga pada 3 Mac 2010 bermula dari Dataran Pekan, Pahang dan tamat di Terminal Feri, Mersing, Johor melalui laluan sejauh 145.6 kilometer.

Keesokkan harinya, laluan keempat bermula dari Terminal Feri Mersing ke Parit Sulong, Batu Pahat, Johor dengan jarak kayuhan sejauh 163.5 kilometer. Laluan kelima pada 5 Mac 2010 dari Dataran Muar, Johor ke Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan sejauh 111.5 kilometer. Laluan keenam pula bermula dari Bangunan KBS, Putrajaya ke Genting Highlands dengan jarak sejauh 102.8 kilometer. Laluan terakhir, Ahad 7 Mac 2010 bermula di Pasar Awam Kuala Kubu Baru, melalui laluan Ampang Pecah, Serendah, Rawang, Pekan Batu Arang, Sungai Buloh, Jalan Ipoh, Jalan Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.  Pelumba-pelumba kemudian akan membuat 6 pusingan dengan melalui Lebuh Pasar, Medan Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang,  dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan mengakhiri garisan penamatnya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan jarak sejauh 133.7 kilometer.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memainkan peranan yang besar bagi menentukan kejayaan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2010. Ianya bukan saja dari segi menentukan tahap keselamatan serta kelancaran peserta-peserta perlumbaan basikal, peserta-peserta Cavalcade LTdL 2010 dan petugas-petugas terjamin, malahan aspek-aspek keselamatan orang ramai juga dititik beratkan dibahu PDRM. Penugasan yang lain ialah membuat hebahan awal kepada kenderaan dan orang awam, menghubungi kontinjen daerah yang akan dilalui, memastikan konvoi perlumbaan mengikut arah yang dirancang dan mengenal pasti halangan yang merbahaya kepada pelumba dan konvoi. Tugas yang dipertanggungjawabkan dan di amanah ini adalah bagi menentukan keselamatan dan kelancaran serta keselesaan bukan sahaja kepada para pelumba tetapi juga kepada pegawai kejohanan dan penonton yang tetap setia memberi sokongan dan mendapat kepujian dari pihak penganjur.

Polis Diraja Malaysia telah diketuai oleh YDH  SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia selaku Pegawai Pemerintah. YDH Supt. Hamzah bin Ahmad bertindak sebagai  Penolong Pegawai Pemerintah dan ASP Md. Dali bin Wahid, sebagai Pegawai Pemerintah Medan.

Penugasan eskot terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Konvoi Perlumbaan (Race Team) dan Konvoi Calvacade. Konvoi Perlumbaan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Command, Lead Car, Pilot Command, Hazard, Advance, Clearance, Tecnical Comminication, Team Mechanics dan Team Bagasi. Race Team diketuai oleh ASP Md. Dali bin Wahid sebagai Command 1 dan dibantu oleh ASP Shaifulizan bin Sulaiman sebagai Pilot 1 dengan keanggotaan seramai 71 orang. Lain-lain penugasan ialah Konvoi Cavalcade yang terdiri daripada Lead Cavalcade, Police PRO, Police Cavalcade dan Motor Cavalcade yang diketuai oleh ASP Sahimi bin Husin dengan keanggotaan seramai 16 orang. Team Logistik pula terdiri dari Komunikasi, Mekanik, Bagasi 1, 2 dan 3 dengan keanggotaan seramai 12 orang.  Keseluruhan yang terlibat bagi Cawangan Trafik ialah 9 pegawai dan 91 orang anggota.

Unit Udara pula seramai 13 orang dan diketuai oleh Supt. Mohamad Yatim bin Haji Shamsuri,  sementara Bahagian Keselamatan (Sekuriti) diketuai oleh ASP Mohamed Shafi bin Haji Ali dengan kekuatan seramai 40 orang.

Sepanjang Le Tour de Langkawi 2010, penugasan Polis Diraja Malaysia dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu :-
Kumpulan Pertama
Kumpulan Konvoi Utama ditugaskan mengiringi pelumba-pelumba basikal. Kumpulan ini terdiri daripada 4 buah kenderaan iaitu Command 1, Command 2, Command 3 dan Police Lead Vehicle. Dalam kumpulan ini juga, anggota pilot bermotosikal dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana kumpulan pertama dihadapan sekali membuat tugas Clearance. Kumpulan ini bertindak sebagai pemberi amaran awal kepada semua kenderaan dari kedua-dua arah. Kumpulan kedua membuat tugas Hazard, memastikan konvoi perlumbaan mengikut arah yang dirancangkan, mengenalpasti halangan yang merbahaya, bertindak sebagai penunjuk bahaya dan halangan dihadapan. Kumpulan ketiga ialah kumpulan Advance, menentukan kenderaan dari kedua-dua arah berhenti ditempat yang sesuai dan selamat, kenderaan berhenti dan disusun dengan rapat ke kiri jalan supaya tidak menjadi halangan dan menutup semua simpang yang perlu. Kumpulan yang terbesar ialah Pilot Command, bertindak sebagai kumpulan Eskot, iaitu memastikan tiada sebarang kenderaan berada di kiri kanan jalan, tentukan semua simpang dan laluan di hadapan tidak mempunyai halangan dan memastikan keselamatan pelumba dari permulaan sehingga kepada penamat.

Kumpulan Kedua
Pasukan Keselamatan (Sekuriti) ditubuhkan untuk mengawal keselamatan Zon Teknikal. Selain itu, mereka  juga akan memastikan keselamatan peserta serta penonton selamat, melencongkan kenderaan 'Team Car' mengikut laluan yang betul di penamat, menjaga keselamatan pasukan bertanding dan urusetia pertandingan semasa berada di hotel penginapan, menentukan media dan orang kenamaan berada ditempat yang sepatutnya dan memastikan acara yang dijalankan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kumpulan Ketiga
Pasukan Unit Udara PDRM ditubuhkan dengan tujuan mengawas pergerakan konvoi basikal dan menyalurkan maklumat kepada Command 1. Kumpulan ini juga akan memantau pergerakkan lalulintas dari jarak 10 km ke hadapan, kedudukan konvoi Cavalcade, membawa dan bertindak selaku 'Airbone Repeater' dan juga sebagai 'Relay Station' dengan menara kawalan sekiranya berlaku gangguan perhubungan .

Kumpulan Keempat
Pasukan Bantuan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen/Daerah disepanjang laluan perlumbaan bagi menutup simpang-simpang dan juga membuat tugas jaga aman di tapak permulaan dan penamat. Selain itu turut sama membantu mengawal lalulintas ialah dari lain-lain jabatan seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Rela dan anggota Penguatkuasa Perbandaran. Masing-masing dengan penugasan dan tanggungjawab tersendiri tetapi bekerja untuk satu tujuan dibawah satu matlamat menjayakan LTdL 2010.

Cawangan Perhubungan Awam (PRO) Bukit Aman yang terlibat sejak tahun 2004, ditugaskan membuat liputan dalaman untuk Laman Web PDRM dan Buletin Bukit Aman. Sepanjang berlangsungnya perlumbaan, Cawangan Perhubungan Awam PDRM telah di peruntukkan 2 buah kenderaan Proton Pesona oleh penaja. Dua anggota Polis Trafik wanita dari Bukit Aman  pula akan mengedarkan sebanyak 2000 cenderamata berupa kalendar PDRM dan juga 'goodies' dari Unit Rakan Cop, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kepada orang ramai di 52 hentian seluruh negeri yang terlibat sebagai laluan LTdL 2010. Selain itu, hebahan awal laluan kepada pengguna-pengguna jalanraya, temubual dengan pegawai kanan trafik untuk tips dan nasihat pengguna jalanraya dihebahkan melalui siaran radio 'Diari PDRM' di Klasik Nasional yang ke udara setiap hari Sabtu jam 1.45 petang.

Juara Le Tour de Langkawi 2010, Keseluruhan (Jersi Kuning) diungguli oleh pemenang peringkat keenam, Jose Rujano Guillen dari pasukan ISD-NERI (Itali) dan Kategori Polka Dot (Jersi Merah) Peter McDonald (Drapac Porshe). Juara Pecut (Jersi Hijau) Anuar Manan dari Geumsan Ginseng Asia (Korea) dan dia juga mencatatkan sejarah selaku pelumba Asia dan negara yang pertama menyarung jersi berkenaan sejak edisi LTdL diperkenalkan pada 1996.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Sebelum memulakan tugas seawal pagi, semua pegawai dan anggota melakukan regangan dan menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Sedia Berkhidmat'...

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Konvoi Race Team melalui jambatan Kuala Berang merentasi Sungai Terengganu

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Team Mekanik dan Komunikasi akan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan sebelum dan selepas perlumbaan untuk memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan yang terbaik.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Kpl Norita bt. Mustapa, Trafik Cops Bukit Aman bersalaman dengan pelajar-prelajar yang menyambut kedatangan konvoi Cavalcade di Sekolah Menengah Tun Telanai, Gong Kiat, Terengganu

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
'Panggil Nama'...Sjn Roslan bin Zakaria melaporkan kehadiran anggota kepada ASP Md. Dali bin Wahid, Pegawai Pemerintah Medan di Chukai, Terengganu sebelum konvoi bergerak ke Kuantan, Pahang.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
dari kanan...Supt. Hamzah bin Ahmad, Head of Department 1 (HOD) bersama Sjn Mat Jaafar  bin Yaacob, Hazard 2 semasa perjalanan dari Kuantan ke Pekan, Pahang.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Menyusun motosikal untuk rihat dan makan tengahari di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing satelah selesai penugasan eskot pelumba-pelumba basikal Le Tour de Langkawi 2010

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Menyejukkan badan...Cuaca memang agak panas di sebelah pantai timur dan selatan

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Konvoi Cavalcade PDRM diketuai oleh ASP Sahimi bin Husin (nombor tiga berdiri dari kiri) dan dibantu oleh SM Azhar bin Jasmin (kiri sekali)

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Konvoi Cavalcade...116 orang termasuk PDRM dan Bomba, 33 buah kenderaan penaja dan 8 buah motosikal PDRM

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Konvoi Cavalcade menyeberangi Jambatan Sultan Ismail merentasi Sungai Muar ke Port Dickson melalui Sungai Rambai - Umbai - Masjid Tanah -  Paya Rumput - Kuala Sungai Baru - Kuala Linggi - Pasir Panjang.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Kpl Mas Ayu bt. Abdul Rahman mengedarkan stiker Rakan Cop kepada pelajar-pelajar sekolah di Pekan Umbai

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Konvoi 'Race Team' selepas perlumbaan hari ke 5 di Dataran Seri Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
'Panggil Nama' oleh SM Mohd Sohim bin Zailan di Balai Polis Telok Kemang, Port Dickson.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Teratur...susunan 69 buah motosikal ST 1300cc dan VFR 800cc di hadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya sebelum bermulanya perlumbaan dari Putrajaya ke Genting Highlands sejauh 102.8 kilometer .

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Kpl Omar bin Hassan melaporkan kehadiran anggota kepada ASP Sahimi bin Husin di First World, Genting.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Makan tengahari di Dataran Kawad Polis Bantuan, Genting Highlands satelah selesai penugasan eskot pelumba basikal

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Berbincang untuk laluan terakhir di Dataran Merdeka...dari kiri, ASP Saifulizan bin Sulaiman, Sjn Noor Azmy bin Ariffin, SI Alias bin Mat dan Sjn Abdul Aziz bin Harun.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
'Panggil Nama' sebelum bergerak ke hotel penginapan First World Genting Highlands.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Barisan Penyelia-penyelia...

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Unit Udara PDRM...

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Hari ke 7...Kuala Kubu Baru ke Dataran Merdeka, sejauh 133.7 kilometer

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Konvoi 'Race Team' melewati Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Rihat seketika...selesai sudah penugasan untuk Le Tour de Langkawi 2010 dengan cemerlang.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Berkumpul sementara menunggu kedatangan YDH SAC II Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Doa Selamat...AMIN

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Amanat dan Ucapan Terima Kasih dari YDH SAC II Dato' Abdul Aziz Yusof kepada semua petugas-petugas yang telah mempamirkan penugasan yang profesional dan mesra kepada peserta, petugas perlumbaan dan orang ramai.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Jamuan Makan Malam kepada semua petugas-petugas Le Tour de Langkawi 2010.

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Antara anggota-anggota yang hadir di Jamuan Makan Malam di Hotel Midah

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Kebetulan...Sambutan Hari Lahir untuk Supt. Hamzah bin Ahmad dan Kpl Mas Ayu bt. Abdul Rahman yang jatuh pada 7 Mac 2010

Le Tour De Langkawi 2010 Edisi Ke 15
Jemputan istimewa, Raja Pop Jamal Abdillah

ArticlePublished 10 Jun 2014 1.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM