Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Y A Bhg Datin Seri Jeanne Binti Abdullah Isteri Perdana Menteri Malaysia Ke Perkep Bukit A

Published: 09 Jun 2014 5.25 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Y.A.Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Rumah Tetamu PERKEP..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-y-a-bhg-datin-seri-jeanne-binti-abdullah-isteri-perdana-menteri-malaysia-ke-perkep-bukit-a
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT

30 Januari 2008 - Y.A.Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke PERKEP Bukit Aman dan telah merasmikan Rumah Tetamu PERKEP.

Hadir di majlis tersebut ialah, YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia. Turut hadir YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan serta ahli-ahli PERKEP.

Di majlis tersebut juga telah di adakan demontrasi kraftangan PERKEP di Rumah PERKEP Malaysia, lawatan ke Dewan Serbaguna PERKEP, persembahan video klip dan juga persembahan oleh ahli-ahli PERKEP.

Lawatan Y A Bhg Datin Seri Jeanne Binti Abdullah Isteri Perdana Menteri Malaysia Ke Perkep Bukit A
Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri Perdana Menteri Malaysia memoton riben sempena perasmian Rumah Tetamu PERKEP sambil diiringi oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, isteri Ketua Polis Negara

Lawatan Y A Bhg Datin Seri Jeanne Binti Abdullah Isteri Perdana Menteri Malaysia Ke Perkep Bukit A
Tandatangan...Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah menandatangani Buku Pelawat

Lawatan Y A Bhg Datin Seri Jeanne Binti Abdullah Isteri Perdana Menteri Malaysia Ke Perkep Bukit A
Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah melawat Rumah PERKEP Malaysia sambil melihat demontrasi kraftangan

Lawatan Y A Bhg Datin Seri Jeanne Binti Abdullah Isteri Perdana Menteri Malaysia Ke Perkep Bukit A
kiri...YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah JSJK dan YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Y.Bhg. Datin Cindy Koh bersama Y.A. Bhg. Datin Seri Jeanne binti Abdullah, isteri Perdana Menteri Malaysia

ArticlePublished 09 Jun 2014 5.25 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM