Lawatan Timbalan Ketua Polis Negara Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
Petaling Jaya - 12 April 2007. YDH Dato' Mohd Najib Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dengan diiringi Y.Bhg. Datin Fatimah bt. Hamid, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia serta rombongan dari PDRM telah mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH Pengarah Pengurusan, YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Pengarah Cawangan Khas, Y.Bhg. Prof. Dr. Ikram Shah bin Ismail, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Timbalan-timbalan Pengarah PPUM serta para pegawai PPUM, Pegawai-pegawai kanan, anggota serta rombongan PERKEP.
Di majlis tersebut juga, PDRM telah menyumbangkan dua buah kerusi roda yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara kepada Pengarah PPUM dan sumbangan lima buah televisyen oleh Naib Pengerusi PERKEP dan mengadakan lawatan ke wad- wad PPUM.

dari kiri...Y.Bhg. Prof. Dr. Ikram Shah bin Ismail menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara yang diiringi oleh Y.Bhg. Datin Fatimah bt. Hamid, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.