Perasmian Dan Pelancaran Makmal Ict Pdrm
PULAPOL Kuala Lumpur - 13 April 2007. Sebanyak 10 buah makmal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) PDRM dijangka siap dibina menjelang tahun 2009 bagi menangani kekurangan makmal ICT oleh PDRM. Pembinaan 10 buah makmal ICT dengan kos RM5 juta tersebut adalah tambahan kepada 17 buah makmal yang telah siap dibina pada Januari lalu dengan kos RM12 juta di sembilan lokasi.
YDH Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM telah hadir di majlis Perasmian dan Pelancaran Makmal ICT PDRM di PULAPOL Kuala Lumpur.
Dalam ucapannya, beliau berkata pembinaan makmal ICT tersebut merupakan saranan daripada Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM yang mahukan kemampuan dan kemahiran anggota polis dalam aspek Teknologi Maklumat dipertingkatkan. Pembinaan dan penambahan makmal ICT itu dijangka berupaya memberi latihan IT kepada lebih 13,250 pegawai, anggota dan kakitangan PDRM pada setiap tahun.
