Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat

Published: 10 Jun 2014 12.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Delegasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera telah diketuai oleh Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng dan disambut oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Lati..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-sambil-belajar-peserta-kursus-maktab-pertahanan-angkatan-tentera-mpat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT

Bukit Aman - 6 Julai 2009. Seramai 55 orang pegawai peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 29/2009 dan staf Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah mengadakan  Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Aman hari ini pada jam 2.30 petang.
 
Delegasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera telah diketuai oleh Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng dan disambut oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH SAC I Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) serta Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman.

Ucapan aluan telah dimulakan oleh YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani dan taklimat telah disampaikan oleh YDH SAC II Mohd Sharizan bin Che Mat Din.

Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat
Ketibaan peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan Bukit Aman

Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat
Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng beramah mesra bersama YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan YDH SAC I Dato' Zaleha bt Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat
Laksamana Pertama Dato' Tan Eng Seng menandatangani Buku Pelawat

Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat
Taklimat di adakan di Auditorium Bukit Aman

Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Mpat
Sebahagian daripada Peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) mendengar taklimat yang disampaikan

ArticlePublished 10 Jun 2014 12.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM