Lawatan Rasmi Pengarah Kdn Ka Ke Pangkalan Unit Udara Sg Besi
Sungai Besi, 23 Ogos 2011
- Hari ini dalam sejarah. Julung-julung kali lawatan rasmi dilakukan
oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) ke Pangkalan Unit Udara PDRM
setelah memegang tampuk pimpinan Jabatan KDN/KA.
Sebelum
majlis diteruskan, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid sempat
menandatangani Buku Pelawat di Bangunan Pentadbiran Pangkalan
Semenanjung, Unit Udara Polis (UUP) Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Kemudian, YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander UUP, Sungai Besi
telah menyampaikan taklimat terperinci mengenai organisasi serta
penugasan UUP.
Seterusnya
majlis diteruskan dengan ucapan serta penyampaian amanat YDH Pengarah
KDN/KA. YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid juga turut penyampaian
surat-surat penghargaan kepada Pegawai Kanan, anggota serta kakitangan
awam di Dewan Serbaguna, UUP.
Penerima
surat-surat penghargaan terdiri daripada pegawai dan anggota Pangkalan
Semenanjung UUP (Pentadbiran, Jurutera, Mekanik), Pangkalan Latihan UUP,
Ipoh, dan Pangkalan UUP Sabah dan Sarawak.
Turut
hadir YDH SAC Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Komander PGK,
wakil-wakil dari Jabatan KDN/KA, Komander UUP, Pegawai-pegawai Kanan
UUP, anggota serta kakitangan awam.
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA menandatangani Buku Pelawat Pangkalan Unit Udara PDRM.
YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander UUP, memberi taklimat kepada YDH Pengarah KDN/KA mengenai Unit Udara PDRM.
YDH Pengarah KDN/KA di dalam taklimat.
YDH Pengarah KDN/KA dalam amanatnya di Dewan Serbaguna UUP.
Antara penerima-penerima surat penghargaan
YDH Pengarah KDN/KA menerima cenderahati daripada Komander Unit Udara PDRM.
Jurufoto : L/Kpl Shareel bin Shariman dan L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.NorPenyunting : ASP Foo Chek Seng