Lawatan Rasmi Komander Briged Sarawak Ke Batalion 12 Pga Miri
Miri, Sarawak, 18 Februari 2011 - Komander Briged Sarawak, YDH SAC Dato' Wan Abdullah bin Tuanku Said telah mengadakan lawatan kerja ke Batalion 12 PGA Miri pada hari ini setelah lawatan kerja terdahulu di Batalion 10 PGA Sibu.
Lawatan kerja ini merupakan siri lawatan beliau selepas menyandang jawatan sebagai Komander Briged Sarawak pada 6 Januari 2011 lalu menggantikan YDH SAC Dato' Low Hoon Soon yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Satu
sesi dialog telah diadakan di Dewan Johnny Mustapha bersama pegawai dan
anggota Batalion 12 setelah selesainya acara padang serta menerima
tabik hormat dan pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan.
Dalam majlis dialog tersebut, YDH Dato' Komander telah memberi penekanan tentang 4P yang telah dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara pada 30 September 2010 sebagai satu hala tuju PDRM untuk panduan kepada seluruh warga PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Beliau juga menyampaikan amanat kepada semua pegawai dan anggota Batalion 12 PGA Miri dan menyentuh berkenaan kemajuan kerjaya dari segi pembelajaran dan pendidikan secara berterusan dalam mencapai objektif visi dan misi pasukan dalam melaksanakan tugas dengan amanah, berprestasi tinggi, menjadikan integriti sebagai amalan dan menjaga keselamatan, ketenteraman dan pelindung kepada masyarakat dan negara.
DISIPLIN...Perbarisan Kawalan Kehormatan dari anggota Batalion 12 PGA Miri.
SEGAK..Detachment Kawalan Kehormatan Batalion 12 PGA Miri.
YDH Komander Briged Sarawak memberikan tabik hormat kepada Detachment kawalan kehormatan.
YDH Komander Briged Sarawak menerima laporan perbarisan daripada Pegawai detachment kawalan kehormatan.
YDH
Komander Briged memeriksa perbarisan kawalan kehomatan diiringi YDH
Supt. Mohd Sar'ie Fauzi, Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA Miri.
YDH SAC Dato' Wan Abdullah menandatangani buku pelawat disaksikan Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA Miri.
TEKUN...Warga Batalion 12 PGA Miri mendengar sesi dialog bersama YDH Komander Briged.
YDH Komander Briged Sarawak, SAC Dato' Wan Abdullah semasa sesi dialog bersama anggota Batalion 12 PGA Miri.
Sesi bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai Batalion 12 PGA Miri.
Sumber: Bantuan Teknik Briged Sarawak
Disunting Oleh: Unit Laman Web PDRM