Article
Lawatan Pelajar Smk Shahbandaraya Klang Dan Smk Geliga Kemaman Terengganu Ke Bukit Aman
Pagi ini Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya,Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga,Kemaman,Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar di K...
Bukit Aman - 26 April 2012
Pagi ini Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya, Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Kemaman, Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kompleks Bukit Aman. Taklimat dikendalikan oleh ASP Abu Bakar bin Hamid, Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
Lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 72 orang pelajar ahli Kelab Pencegahan Jenayah dan Anggota Kadet Polis Sekolah yang diiringi oleh 8 orang Guru Penasihat SMK Geliga, Kemaman, Terengganu Manakala SMK Shahbandaraya, Klang pula terdiri daripada 40 orang pelajar Kadet Polis Sekolah yang diiringi oleh 3 orang Guru Penasihat. Hadir menjayakan lawatan pelajar ini ialah Pegawai Kanan Cawangan Perhubungan Awam, anggota serta Kakitangan Awam Polis Diraja Malaysia.
Antara taklimat yang disampaikan kepada para pelajar adalah tentang jenayah dan tanggungjawab bersama dalam memerangi gejala-gejala jenayah. Selain itu, turut dikongsikan kepada para pelajar mengenai Seksyen-seksyen yang melanggar kesalahan berkaitan jenayah serta panduan nasihat apabila pelajar menghadapi situasi kes serangan seksual yang kian bersandiwara dalam kalangan pelajar.
Gambar sepanjang sesi lawatan

Wartawan/Jurufoto : Konst.Santher