Peserta Kembara Pdrm 2012 Diberi Sijil Penghargaan
Di dalam majlis tersebut, YDH Ketua Polis Negara mengucapkan syabas dan tahniah kepada YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah selaku Pengerusi Kembara PDRM 2012 kerana telah berjaya memikul tanggung jawabnya dengan penuh dedikasi sehingga membuahkan hasil yang memberi kesan yang positif kepada pasukan ini.
Turut menerima sijil penghargaan ialah Encik Mohd Hanif Suadi, Senior Executive Vice President, Head Community Distribution, Maybank dan Puan Zahrah Bt. Zainuddin, Penerbit Galeri Nasional, Radio Televisen Malaysia (RTM) di atas kerjasama mereka di dalam Kembara PDRM 2012 ini.
Majlis tersebut Turut dihadiri oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan PDRM, peserta-peserta Kembara PDRM 2012 dan wakil-wakil media.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin ketika memberi ucapan aluan.

YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar ketika memberikan ucapan.

YDH SAC Datuk Mazlan Bin Mansor, Timb. Peng. JSJ (Perancangan/
Strategi)... antara penerima sijil.

Puan Zahrah Bt. Zainuddin, Penerbit Galeri Nasional menerima penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.

Encik
Mohd Hanif Suadi, Senior Executive Vice President, Head Community
Distribution, Maybank turut menerima penghargaan daripada YDH Ketua
Polis Negara.

YDH
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin selaku Pengerusi Kembara PDRM 2012
menerima penghargaan daripada YDH Ketua Polis Negara.
Antara penerima Sijil Penghargaan.

YDH SAC Nahariah Bt. Hussein turut menerima sijil penghargaan.


YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada YDH Pengarah JSJ PDRM

YDH Timbalan Ketua Polis Negara turut menerima cenderahati.