Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Pelajar Smk Puteri Wangsa Ulu Tiram Johor Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pagi ini Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kompleks Bukit Aman. Taklimat dikendalikan oleh C/Insp Adzzi bin Haji Ismail, Pegawai Unit Radio/TV...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pelajar-smk-puteri-wangsa-ulu-tiram-johor-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:59 MYT

Bukit Aman - 22 Julai 2011

Pagi ini Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar di Kompleks Bukit Aman. Taklimat dikendalikan oleh C/Insp Adzzi bin Haji Ismail, Pegawai Unit Radio/TV.

Lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 34 orang pelajar  dari Tingkatan 5 yang diiringi oleh 6 orang Guru Penasihat SMK Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor. Hadir menjayakan lawatan pelajar ini ialah Pegawai Kanan Cawangan Perhubungan Awam, anggota serta Kakitangan Awam Polis Diraja Malaysia.

Taklimat yang disampaikan kepada para pelajar adalah tentang sejarah awal polis, susunan organisasi pangkat dan ciri-ciri anggota polis, organisasi pentabdiran polis dan peranan Jabatan-Jabatan PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini. Selain daripada itu, turut dikongsikan kepada para pelajar, Seksyen-seksyen yang melanggar kesalahan berkaitan kehormatan diri serta panduan nasihat apabila pelajar menghadapi situasi kes serangan seksual yang semakin membimbangkan dewasa ini.

Selesai sesi taklimat, para pelajar telah dibawa Muzium Polis untuk berkongsi sejarah serta melihat koleksi pameran barang-barang polis.

Gambar Sepanjang Sesi Lawatan

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM