Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah menerima kunjungan lawatan daripada 40 pelajar Tingkatan 6 SMK Pandan Mewah, Ampang. Kunjungan turut disertai oleh 3 guru pengiring diketuai Encik Ahm..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pelajar-smk-pandan-mewah-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:45 MYT
Bukit Aman - 21 April 2011

Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah menerima kunjungan lawatan daripada 40 pelajar Tingkatan 6 SMK Pandan Mewah, Ampang pada petang ini. Kunjungan turut disertai oleh 3 guru pengiring diketuai Encik Ahmad Saleh Khamsen dan telah disambut oleh Supt. Norisah bte Abd. Hamid, Supt Perhubungan Awam.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai fungsi dan hal ehwal perundangan yang terkandung dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 1 STPM, merangkumi proses tangkapan, sabitan kesalahan, proses tahanan serta hukuman.

Dua slot taklimat telah disampaikan oleh ASP Krishnamoorthy Narayanan dari Bahagian Pendakwaan Dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah dan C/Insp Saipul Anuar Bin Razali dari Cawangan Perhubungan Awam.

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
Antara pelajar yang hadir...

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
Ucapan aluan oleh Supt. Norisah bte Abd. Hamid, Superintendan Perhubungan Awam

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
C/Insp Saipul Anuar Bin Razali menyampaikan taklimat Cawangan Perhubungan Awam PDRM.

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
ASP Krishnamoorthy Narayanan sedang menyampaikan taklimatnya.

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
Salah seorang pelajar mengemukakan soalan.

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
L/Kpl Rusniza sedang memberi penerangan kepada pelajar di akhir lawatan.

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
Cenderahati kepada pelajar-pelajar yang hadir...

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
Bergambar kenangan bersama pegawai dan anggota dari Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman

Lawatan Pelajar Smk Pandan Mewah Ke Bukit Aman
Bergambar bersama Supt. Norisah Abd Hamid sebelum bersurai.

Wartawan : L/Kpl Shareel
Jurufoto : L/kpl Lokman
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM