Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop bersama rombongan dari Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu lawatan kerja ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin PDRM, Wilay..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-timbalan-menteri-dalam-negeri-ke-markas-operasi-pasukan-gerakan-marin-wilayah-1
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT
Pelabuhan Klang - 15 November 2010. Pagi ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop bersama rombongan dari Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin PDRM, Wilayah 1, Pelabuhan Klang.

Ketibaan Timbalan Menteri Dalam Negeri disambut oleh YDH CP Datuk Seri Mohd. Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin.

Turut hadir adalah YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas, YDH SAC Dato' Hj. Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Pemangku Ketua Polis Selangor,  YDH SAC Dato' Aidi bin Ismail, Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik, Puan Siti Zauyah binti Osman, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KDN, Encik Awang Din bin Hussain, Setiausaha Bahagian Kepolisan Dan Keselamatan Sempadan KDN, Pegawai-pegawai Kanan polis dan anggota Pasukan Gerakan Marin.

Selesai menandatangani Buku Lawatan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, majlis diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin.

Selesai taklimat, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop telah dibawa meninjau kawasan operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1 dengan menaiki bot marin PA 53.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop meninjau kawasan operasi Pasukan Gerakan Marin di Pelabuhan Klang

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
Anggota yang bertugas di bot PA 53.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
Bot kelas PA 53...

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
tengah...Komander PGM memberi taklimat kawasan operasi.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
Antara bot yang sedang melakukan rondaan dipersisiran pantai Pelabuhan Klang

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
Bergambar kenangan bersama..
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM