Article
Lawatan Kerja Pengarah Siasatan Sprm Ke Bukit Aman
Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Y.Bhg Datuk Haji Mustafa bin Haji Ali, Pengara...
Bukit Aman - 21 Jun 2011
Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Y.Bhg Datuk Haji Mustafa bin Haji Ali, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang ini.
Pertemuan pada petang ini diadakan di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah YDH CP Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM.
Perbincangan pada petang ini adalah menjurus kepada langkah-langkah penambahbaikkan kedua-dua badan kerajaan tersebut dalam memantapkan integriti dan kerjasama menjayakan misi serta visi pasukan dalam negara.

YDH Ketua Polis Negara menyambut mesra kehadiran Y.Bhg Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Berkongsi pengalaman bersama YDH Ketua Polis Negara

Bertukar cenderahati kenangan

Y.Bhg Datuk Haji Mustafa bin Haji Ali, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan Kertas Kerja Pembentukan Jawatankuasa Bersama Mencegah Rasuah (JBMR) kepada YDH Ketua Polis Negara

Y.Bhg Pengarah Siasatan SPRM menandatangani Buku Pelawat
Wartawan : Sm Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah dan L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : L/kpl Edwind Indo