Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak (AIA) 2011 anjuran bersama Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM serta Jabatan Pskiatri Hospital S.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-kemahiran-keibubapaan-ayah-ibu-anak-aia-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:43 MYT

Bukit Aman, 21 Jun 2011- Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak (AIA) 2011 anjuran bersama Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM serta Jabatan Psikiatri Hospital Selayang telah berlangsung pada pagi ini dan dirasmikan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.


Dalam ucapan YDH Ketua Polis Negara, program yang berlangsung selama 1 hari ini merupakan program kedua yang diadakan oleh PDRM melibatkan suami, isteri serta anak-anak keluarga polis dan sekaligus ketiga-tiga komponen inilah yang akan membentuk sebuah keluarga bahagia. Beliau juga berharap program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.


Turut hadir pada program ini ialah YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), DR. Toh Chin Lee, Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Hospital Selayang, Pegawai Kanan serta para peserta kursus Program Kemahiran Keibubapaan (AIA) 2011.


"Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik serta mencorakkan kehidupan anak-anak malah ibu bapa juga bertanggungjawab memberi pendidikan dan membentuk peribadi anak-anak samaada secara rohani, jasmani mahupun akhlak sememangnya tanggungjawab ini adalah amat berat dan sukar untuk dilaksanakan. Bagaimanapun dalam menghadapi situasi ini, kesabaran dan kebijaksanaan ibu bapa amatlah penting bagi mengawal keadaan supaya ia tidak menjadi lebih serius", ujar YDH Ketua Polis Negara.


"Tidak dapat dinafikan pelbagai dugaan dan permasalahan akan timbul dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT apatah lagi dalam zaman yang serba canggih dan mancabar ini, oleh itu langkah atau cara yang sistematik perlu diambil dengan segera agar masalah tidak berlarutan dan menjadi serius", katanya lagi.


Menurut YDH Puan Sri Hajah Suriati juga, pada masa yang sama tanggungjawab suami isteri di kalangan pegawai PDRM semakin bertambah, maka sokongan institusi keluarga khususnya ibu bapa atau anak -anak amatlah diperlukan. Masing-masing perlu faham peranan dan tanggungjwab masing-masing agar keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga dapat dikekalkan dan dipertahankan kerana sesungguhnya keluarga bahagia juga akan mempengaruhi prestasi kerja di pejabat.


Program ini juga turut diselitkan dengan ceramah yang menyentuh tentang anak-anak hyper active dan autisma melalui slot 'Anakku-anak Istimewa', anak-anak yang lemah mengikuti pembelajaran melalui slot 'Bukanku Pinta' dan tingkah laku devian anak remaja melalui slot 'Gila Gila Remaja' yang disampaikan oleh para penceramah jemputan.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi PERKEP menyampaikan ucapan aluan.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan dan merasmikan program.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Antara Pengarah dan Timbalan Pengarah yang turut hadir di program ini.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Dr. Toh Chin Lee menyampaikan ceramah bertajuk "Gila-Gila Remaja"


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Ceramah bertajuk "Anakku Anak Istimewa - Anak Hiperaktif Dan Kecelaruan Tingkah Laku" disampaikan oleh Dr. Selvasingam Ratnasingam.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Ceramah "Bukan Kupinta - Lemah Mengikuti Pembelanjaran / Austima" disampaikan oleh Dr. Norharlina Bahar.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Para peserta telah memberi sepenuh perhatian sepanjang program ini dijalankan.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Salah seorang peserta mengajukan soalan kepada penceramah.


Program Kemahiran Keibubapaan Ayah Ibu Anak Aia 2011
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri menyampaikan cenderahati kepada Dr. Toh Chin Lee diakhir program.

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM