Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kerja Pengarah Kdnka Ke Markas Operasi Ppm Wilayah Satu Pelabuhan Klang

Published: 14 Dec 2017 7.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pelabuhan Klang, 14 Disember 2017 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyempurnakan lawatan kerja Ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Selangor, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-pengarah-kdnka-ke-markas-operasi-ppm-wilayah-satu-pelabuhan-klang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT
Pelabuhan Klang, 14 Disember 2017 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri  & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menyempurnakan lawatan kerja Ke Markas Operasi  Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Selangor, petang tadi.

Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), DCP Dato’ Abd Aziz Yusof dan Komandan Pasukan Polis Marin, SAC Dato’ Abd Rahim Abdullah telah menyambut beliau dan dibawa melawat sekitar Markas Operasi  dengan  menaiki Bot PT2 KPD Setia milik Pasukan Polis Marin (PPM). Selain itu, sesi lawatan kerja diteruskan dengan perbincangan bagi memperkasakan lagi penugasan PPM.

Dalam pada sama, beliau turut meyampaikan amanat kepada semua warga PPM serta menegaskan dalam  menjaga integriti dan meningkatkan kesiapsiagaan kawalan di perairan negara di setiap wilayah. Persiapan tersebut merupakan salah satu fokus utama PDRM dalam menangani jenayah alam sekitar pada tahun hadapan.

Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut adalah barisan pegawai-pegawai  kanan PPM dan rakan-rakan media.

Lawatan Kerja Pengarah Kdnka Ke Markas Operasi Ppm Wilayah Satu Pelabuhan Klang
Sesi bergambar kenangan.

Lawatan Kerja Pengarah Kdnka Ke Markas Operasi Ppm Wilayah Satu Pelabuhan Klang
Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah menandatangani buku melawat.

Lawatan Kerja Pengarah Kdnka Ke Markas Operasi Ppm Wilayah Satu Pelabuhan Klang
Sekitar lawatan kerja Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah ke Markas Operasi  Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Selangor

Lawatan Kerja Pengarah Kdnka Ke Markas Operasi Ppm Wilayah Satu Pelabuhan Klang
Sesi sidang media.

ArticlePublished 14 Dec 2017 7.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM