Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Pulapol Langkawi Kedah

Published: 10 Jun 2014 3.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lawatan oleh Dato' Seri Hishammuddin ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi yang telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 29 Julai 2010 oleh pihak kontraktor...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-menteri-dalam-negeri-ke-pulapol-langkawi-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT

Langkawi - 10 Ogos 2010. YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein telah mengadakan Lawatan Kerja sehari ke PULAPOL Langkawi, Kedah.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmood Bin Adam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Komandan PULAPOL Langkawi Superintendan Abdul Latiff Bin Yunus serta Pegawai-pegawai Kanan PULAPOL Langkawi. 

Semua tetamu kehormat telah dijemput ke Holding Room untuk sesi taklimat organisasi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan),  YDH  DCP Dato' Mortadza Bin Nazarene.

Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Pulau Langkawi, Kedah pada mulanya merupakan sebuah pusat peranginan yang dikenali sebagai Delima Resort, telah dibaik pulih serta diubahsuai pada 24 Disember 2007 dan diserahkan oleh pihak kontraktor kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 29 Julai 2010. Pusat latihan ini dibina dengan keluasan 11.45 hektar iaitu bersamaan dengan 28.30 ekar dam menelan belanja lebih kurang RM115 juta.

Selesai taklimat, semua tetamu kehormat dijemput untuk upacara penanaman pokok oleh YB Menteri Dalam Negeri  di perkarangan bangunan kuliah PULAPOL Langkawi, Kedah.

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Pulapol Langkawi Kedah
YB Dato' Seri Hishammuddin bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Y.Bhg Dato' Sri Mahmood Bin Adam (kiri) dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj. Omar semasa taklimat di Holding Room

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Pulapol Langkawi Kedah
Taklimat Organisasi disampaikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza


Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Pulapol Langkawi Kedah
Dato' Seri Hishammuddin semasa upacara menanam pokok.

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Pulapol Langkawi Kedah
Sesi bergambar sebelum lawatan berakhir.

ArticlePublished 10 Jun 2014 3.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM