Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman

Published: 09 Jun 2014 6.00 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-menteri-dalam-negeri-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:39 MYT

Bukit Aman - 31 Mac 2008. YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Bukit Aman. Ini adalah lawatan kerja yang pertama satelah beliau dilantik Menteri Dalam Negeri, dalam Pentadbiran Baru Kerajaan Malaysia. YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar sebelum ini memegang jawatan Menteri Luar Negara.

Hadir menyambut ketibaan YB Menteri Dalam Negeri ialah YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia. Hadir sama ialah YB Dato' Chor Chee Heung dan Senator Dato' Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri , YBhg. Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Pegawai-pegawai pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri.

Satelah membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan di Podium Bukit Aman, YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri beredar ke Auditorium PDRM untuk mendengar Taklimat Organisasi PDRM yang disampaikan oleh YDH SAC II Dato' Azian bin Yahya, Setia Usaha Polis Malaysia (SUPM)

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
YB Timbalan Menteri Dalam Negeri , YBhg. Ketua Setiausaha KDN dan Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir

Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara mengiringi YB Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan

ArticlePublished 09 Jun 2014 6.00 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM