Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Timor Leste
Sepang
- 28 Mac 2008. Seramai 9 pegawai dan anggota PDRM telah berlepas dari
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Timot Leste untuk
berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Meraikan
pemergian pegawai dan anggota PDRM ialah YDH SAC 1 Zaleha binti Abdul
Rahman , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Supt. Rasdi bin
Ramli, Penguasa Perhubungan Awam PDRM, Supt. Arshad bin Hj. Abd Jalil,
Ketua Pegawai Turus Istiadat, pegawai-pegawai dan anggota serta ahli
keluarga.
Penugasan
pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia di misi-misi pengaman
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula pada tahun 1991 di Angola.
Sejak itu, kerajaan Malaysia dari masa ke semasa telah menerima
permohonan dari Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York
agar menyumbangkan pegawai dan anggota polis yang kompiten untuk
berkhidmat di misi-misi pengaman di bawah panji badan dunia tersebut di
seluruh dunia seperti Kemboja, Mozambique, Sahara Barat, Somalia,
Crotia, Bosnia & Herzegovina, Sierra Leone, Kosovo, Afganistan,
Sudan dan Timor Leste.
Sikap
pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang komited dan profesional
sentiasa mendapat perhatian serta sanjungan pihak berkuasa Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di misi-misi pengaman. Sehingga kini, di Timor
Leste seramai 59 pegawai dan anggota berkhidmat sebagai UN Civillian
Police dan 139 pegawai dan anggota sebagai Formed Police Unit (FPU).

dari
kiri...S/Insp Goh Yeaw Teong, Sjn Thiagarajen a/l Ponnampalam, Insp Lim
Jaw Shyong, ASP Venugopal a/l Navaretnam, ASP Nazli Mamat dan C/Insp
Yusof Mohd Noor. Barisan belakang, dari kiri Kpl Liew Ah Chin, C/Insp
Mohd Yusof Daud dan Sjn Dominic a/l Arokiasamy.

YDH
SAC 1 Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pentadbiran) mengucapkan selamat jalan kepada Ketua Kumpulan, ASP
Venugopal a/l Navaretnam