Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Kpn Ke Jpjkk

Diterbitkan: 26 Jan 2016 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) berbesar hati menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang hadir membuat lawatan kerja ke jabatan tersebut di aras 29, Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-kpn-ke-jpjkk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:44 MYT

Bukit Aman, 26 Januari – Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) berbesar hati menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, IGP Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang hadir membuat lawatan kerja ke jabatan tersebut di aras 29, Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Pengarah JPJKK, CP Dato’ Acryl Sani Hj Abdullah Sani telah memberikan taklimat dan penerangan kepada Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar mengenai Bahagian Pengurusan Dasar Sumber Manusia, Koordinasi Sumber Sokongan, Kepolisan Komuniti, Operasi Darat serta Pendataan dan Analisa yang menjadi komponen utama pengoperasian organisasi JPJKK.

Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berpuas hati dengan tugas-tugas yang telah dilaksanakan oleh jabatan tersebut dalam menjalinkan hubungan erat antara polis dengan masyarakat telah menzahirkan setinggi-tinggi pernghargaannya kepada semua warga kerja JPJKK.

Belau juga turut menggesa agar seluruh warga JPJKK agar sentiasa peka dengan isu penyalahgunaan media sosial dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya akan sentiasa memantau segala bentuk anasir seperti ancaman Islamic State (IS), Jenayah Siber (Cyber Crime) dan lain-lain bentuk jenayah yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman Negara.

Hadir sama pada majlis tersebut, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), DCP Dato’ Ramli Hj Din, Timbalan Pengarah JPJKK (Operasi), DCP Dato’ Zainal Abidin Kasim dan pegawai-pegawai kanan JPJKK.

Lawatan Kerja Kpn Ke Jpjkk
Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menandatangani buku lawatan di pejabat JPJKK...

Lawatan Kerja Kpn Ke Jpjkk

Tan Sri Khalid Abu Bakar diperdengarkan taklimat oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)...

Lawatan Kerja Kpn Ke Jpjkk
Sesi bacaan doa bagi memberkati Sesi taklimat pagi ini.

Lawatan Kerja Kpn Ke Jpjkk
Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapan beliau..

Lawatan Kerja Kpn Ke Jpjkk
Pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)


ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2016 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM