Lawatan Kebajikan Pdrm Ke Hospital Sungai Buloh
Oleh : Kpl Edwind Indo
LAWATAN KEBAJIKAN PDRM KE HOSPITAL SUNGAI BULOH
SUNGAI
BULOH, 8 Julai – "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami" sebagai tema
sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 untuk menjamin kesejahteraan dan
keselamatan seluruh penduduk, dalam konteks yang lebih luas, tema yang
sama juga terpakai dalam pengurusan kesihatan masyarakat", ujar YDH
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara
berucap di Majlis Lawatan Ke Hospital Sungai Buloh Sempena Peringatan
Hari Polis Ke-206, hari ini.
Program lawatan PDRM ke hospital
merupakan program tahunan yang diadakan bersempena sambutan Peringatan
Hari Polis disamping mengeratkan lagi tali silaturahim dan kerjasama
(PDRM dengan pihak hospital) yang telah terjalin sekian lama.
Di
dalam ucapan, YDH Datuk Seri Mohd Bakri turut menyampaikan penghargaan
dan ucapan terima kasih bagi pihak seluruh warga PDRM kepada semua
pakar, doktor, jururawat dan seluruh warga Hospital Sungai Buloh yang
telah memberi perhatian dan merawat pesakit-pesakit daripada kalangan
polis yang mendapatkan rawatan di hospital Sungai Buloh.
Majlis
dihadiri oleh Y.Bhg Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai
Buloh, Y.Bhg Datin Seri Rohaya binti Dato' Hj Mohd Yassin, Naib
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, YDH Datuk Mortadza
bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Induk Peringatan Hari Polis Ke-206, YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid,
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, YDH
Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM,
YDH Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
PDRM, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM,
Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan Hospital Sungai Buloh, Ahli Jawatankuasa
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PDRM, Kakitangan Hospital Sungai Buloh
dan Rakan Media.

YDH
Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
PDRM bersama Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan Timbalan Ketua Polis
Negara

Ketibaan
YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Induk Peringatan Hari Polis Ke-206 disambut oleh
YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor

Ketibaan YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam disambut oleh YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM

Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Datin Seri Rohaya binti Dato' Hj Mohd Yassin, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara diiringi oleh Y.Bhg Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh ke Dewan Utama Hospital Sungai Buloh

Antara yang hadir

Antara Rakan Media yang hadir



Bacaan Doa oleh Insp Muaz bin Abdullah Habib, Bahagian Agama Dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Ucapan aluan oleh Y.Bhg Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh

Ucapan balas oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Penyampaian sumbangan PDRM kepada pihak Hospital Sungai Buloh


Penyampaian Cenderahati Kenangan

Penyampaian sumbangan PERKEP Malaysia kepada pihak Hospital Sungai Buloh

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Sidang Media di Holding Room Hospital Sungai Buloh

YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat







Sekitar lawatan wad 8C, Wad kanak-kanak lelaki dan perempuan








Lawatan sekitar wad 5A, wad lelaki dewasa



Sekitar lawatan wad 8B, Wad wanita dewasa






Sekitar tapak pameran lobi utama Hospital Sungai Buloh