Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun

Published: 09 Jun 2014 9.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena Program Lawatan Hospital itu, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan sumbangan 2 buah kerusi roda, 6 pemain cakera padat digital, 20 keping cakera padat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-hospital-ketua-polis-negara-sempena-peringatan-hari-polis-ke-202-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT

28 April 2009 - Program Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun telah diadakan di Hospital Kuala Lumpur, bermula dari jam 9.00 pagi.

Ketua Polis Negara telah diwakili oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersama-sama YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah PDRM dan isteri serta rombongan PERKEP Malaysia.

Ketibaan rombongan Polis Diraja Malaysia telah disambut oleh Y.Bhg Dr.Kuldip Kaur yang mewakli Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Y.Bhg Dr. Noraini Nur Nahar bte Yunus, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Hospital KL serta pegawai-pegawai dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur di Auditorium Hospital Kuala Lumpur.

Sempena Program Lawatan Hospital itu, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan sumbangan 2 buah kerusi roda, 6 pemain cakera padat  digital, 20 keping cakera padat, 60 buah buku cerita kanak-kanak dan juga peralatan melukis kepada wakil Pengarah HKL.

Satelah selesai upacara penyampaian sumbangan, rombongan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM mengadakan lawatan ke Wad 2 sementara rombongan Y.Bhg. Naib Pengerusi PERKEP Malaysia  dan Y.Bhg. Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM pula mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik dan menyampaikan bungkusan cenderahati kepada pesakit-pesakit.

Sementara itu diruang legar lobi utama HKL, Polis Diraja Malaysia juga mengadakan beberapa gerai pameran khusus untuk kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan juga pelawat-pelawat.

Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
Ucapan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada Hospital Kuala Lumpur

Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan pemain cakera padat digital kepada Y.Bhg Dr Kuldip Kaur

Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Kpl 72289 Laili bin Puji dari Balai Wangsa Maju yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Lawatan Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke 202 Tahun
YDH Timbalan Ketua Polis Negara meluangkan masa melawat gerai pameran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di ruang legar lobi utama HKL.
ArticlePublished 09 Jun 2014 9.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM