Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Delegasi tersebut telah dipertontonkan demonstrasi oleh Pasukan Simpanan Persekutuan dan juga pertunjukkan alatan yang digunakan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-delegasi-polis-singapura-ke-pasukan-simpanan-persekutuan-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:50 MYT
Cheras - 12 Julai 2010. Seramai 4 orang pegawai Polis dari Republik Singapura yang diketuai oleh Y.Bhg. ACP Raymond Yeo, Commander of Special Operation Command telah mengadakan lawatan ke Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Kuala Lumpur pada pagi ini.

Turut mengiringi beliau ialah SUPT Tristan Sim, Asst Director Ops Management, Operation Department, SUPT Arthur Law, Head Operation, Special Operation Command dan ASP Mohd Hamiyzan, Public Relations Officer, Public Affairs Department.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir ialah YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP, Superintendan Bakhtiar bin Bustami, Pegawai Pemerintah Unit 4, Superintendan Shubly bin Haji Zainal Abidin, Pegawai Pemerintah Unit 1 dan  Pegawai-pegawai Kanan Pasukan Simpanan Persekutuan.

Delegasi Polis Republik Singapura telah diberikan taklimat yang disampaikan oleh YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP di Bilik Mesyuarat PSP.

Setelah selesai taklimat, delegasi tersebut telah dipertontonkan demonstrasi oleh Pasukan Simpanan Persekutuan dan juga pameran peralatan yang digunakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Taklimat Organisasi serta penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan yang disampaikan oleh ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Polis Diraja Malaysia bersama  Y.Bhg. ACP Raymond Yeo, Commander of Special Operation Command.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Penyampaian cenderahati kepada  Y.Bhg. ACP Raymond Yeo.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
 Y.Bhg. ACP Raymond Yeo menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato Roslan bin Ahmad

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Superintendan Bakhtiar bin Bustami, Pegawai Pemerintah Unit 4 menyampaikan cenderahati  kepada Y.Bhg. ACP Raymond Yeo

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Memakai topeng gas, siap sedia untuk menyuraikan perusuh-perusuh.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B memberikan isyarat bendera kuning, isyarat kepada Kumpulan Asap (Riot Gun)

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Kumpulan Asap (Riot Gun) melepaskan tembakan 'Shell Tear Smoke' kepada perusuh-perusuh...

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Dengan kekuatan 91 orang pegawai dan anggota serta Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan siap sedia untuk menyuraikan perusuh-perusuh

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
ASP Sathasivam a/l Maniam, Pegawai Penjaga Terup 1B bersama anggota, setelah selesai membuat pertunjukkan kepada delegasi Polis Republik Singapura.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Delegasi Polis Singapura melihat peralatan-peralatan yang digunakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan di gerai pameran.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
 Y.Bhg. ACP Raymond Yeo, Commander of Special Operation Command membaca sejarah peristiwa 'Tragedi Karak'

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
dari kiri...Superintendan Bakhtiar bin Bustami, Pegawai Pemerintah Unit 4, ASP Mohd Hamiyzan, Public Relation Officer, Public Affairs Department, YDH ACP Nasaruddin bin Haji Zahari, Timbalan Komander PSP, YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP PDRM, Y.Bhg. ACP Raymond Yeo, Commander of Special Operation Command,  SUPT Arthur Law, Head Operation, Special Operation Command dan SUPT Tristan Sim, Asst Director Ops Management, Operation Department.

Lawatan Delegasi Polis Singapura Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur
Delegasi Polis Republik Singapura bergambar kenangan bersama Komander Pasukan Simpanan Persekutuan serta Pegawai-pegawai Kanan PSP Polis Diraja Malaysia
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM