Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman

Published: 12 Jun 2014 6.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar dan pendedahan tentang rakaman video kanak-kanak dijalankan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-bheuu-ke-cic-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:22 MYT
KUALA LUMPUR, 15 MAC - Telah berlangsung satu lawatan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Putrajaya ke Pusat Temuduga Kanak-kanak(CIC) Bukit Aman, semalam. 


Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar dan pendedahan tentang rakaman video kanak-kanak dijalankan di Pusat Temuduga Kanak-Kanak, hasil daripada beberapa siri perbincangan di antara PDRM (D11) dengan BHEUU berkenaan rakaman video kanak-kanak.


Ahli rombongan yang seramai 14 orang ini adalah terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar & Pembangunan BHEUU, Bahagian Pendaftar Mahkamah, Peguam Negara serta Timbalan Pendakwa Raya.


Hasil daripada lawatan ini, ahli-ahli rombongan telah mendapat satu gambaran sebenar mengenai rakaman video saksi kanak-kanak.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Lawatan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri KE Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 14 hb Mac 2013

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Sebahagian dari pegawai-pegawai Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri yang membuat lawatan ke CIC Bukit Aman.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Taklimat oleh Ketua Penolong Pengarah D11 JSJ Bukit Aman, ACP Hamidah Bte Yunus kepada ahli rombongan BHEUU Jabatan Perdana Menteri.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Antara tetamu kehormat yang hadir, Y.Bhg Dato' Rosli Bin Ramli Timbalan Ketua Pengarah, Dasar & Pembangunan BHEUU.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Sebahagian dari tetamu dan pegawai polis dari D11 JSJ Bukit Aman dan D5 Bukit Aman.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Taklimat oleh KPP D11 ACP Hamidah Bte Yunus berkenaan dengan Pusat Temuduga Kanak-kanak (Child Interview Centre-CIC) kepada tetamu yang hadir.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Tetamu dibawa melawat ke bilik rakaman video kanak-kanak.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Tetamu dibawa melawat ke bilik teknikal CIC.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Tetamu dibawa melawat ke ruangan mainan kanak-kanak CIC.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Penyerahan cenderahati dari Y.Bhg Dato' Rosli Bin Ramli kepada ACP Hamidah Bte Yunus KPP D11 JSJ Bukit Aman.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Penyerahan cenderahati daripada ACP Hamidah Bte Yunus, KPP D11 JSJ kepada Dato' Ismail.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Para tetamu menandatangani buku lawatan CIC.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Para tetamu menandatangani buku lawatan CIC.

Lawatan Bheuu Ke Cic Bukit Aman
Para tetamu menjamu selera selepas acara lawatan ke CIC selesai.
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM