Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Ke Maktab Pdrm
Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Ke Maktab PDRM
Oleh : L/Kpl Edwind Indo
Kuala
Lumpur, 14 Mac –YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan) telah membuat satu lawatan kerja rasmi ke
Maktab Polis Diraja Malaysia, pagi ini.
Sesi
dimulakan dengan taklimat oleh YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan
Maktab Polis Diraja Malaysia mengenai latar belakang dan perkembangan
terbaru Maktab PDRM.
Bersempena
lawatan itu, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan turut membuka
sesi perbincangan bersama dengan Pegawai Kanan Polis mengenai hala tuju
Maktab PDRM ke arah kelas antarabangsa.
Berucap
semasa menyampaikan amanat, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan
menekankan kepada semua Pegawai, Anggota dan Pegawai Awam Maktab PDRM di
Dewan Bankuet agar sentiasa meningkatkan profesionalisme melalui
latihan mahupun kursus yang ditawarkan.
Beliau
turut menyampaikan beberapa rancangan di masa akan datang demi
melahirkan tenaga manusia yang berkeupayaan tinggi dan berwibawa untuk
memenuhi ekspetasi kepolisan moden selaras dengan dasar pembangunan
negara abad ini.


Ketibaan YDH DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)

Menandatangani Buku Pelawat






Sekitar taklimat dan sesi perbincangan

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Bergambar Kenangan

Bacaan Doa


Antara yang hadir

YDH
DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Latihan) menyampaikan amanat kepada semua Pegawai/Anggota dan Pegawai
Awam Maktab PDRM Kuala Lumpur di Bankuet Maktab PDRM