Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman

Diterbitkan: 15 Sep 2014 1.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepang, 15 Sept – Lapan Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlepas ke Western, Australia dalam satu program lawatan dan latihan dalam perkhidmatan ke atas Polis Australia, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawat-polis-australia-untuk-luas-pengalaman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:16 MYT
Sepang, 15 Sept – Lapan Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlepas ke Western, Australia dalam satu program lawatan dan latihan dalam perkhidmatan ke atas Polis Australia, semalam.

Delegasi itu diketuai oleh SAC Dato’ Samsiah Mohd Shariff bersama Ketua Polis Balai yang telah menjuarai pertandingan Balai ‘Laegue Table’ (BLT) pada tahun lepas.

Menurut Naib Pengerusi ‘Malaysia Crime Prevention Foundation’ (MCPF), Datuk Kamaruddin bin Md. Ali program ini pernah dilaksanakan di Malbourne, Australia dan Hong Kong bagi memberi pendedahan kepada PDRM tentang kepolisan taraf dunia negara luar.

“Saya bagi pihak PDRM mengucapkan setinggi penghargaan kepada MCPF kerana telah menaja pemergian pegawai polis ke Perth yang merupakan satu dorongan serta motivasi kepada mereka meningkatkan penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat terutamanya dalam mengurangkan kadar jenayah dan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis,” ujar Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Dato’ Shabuddin bin Abdul Wahab.

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman
Delegasi Malaysia bergambar bersama Naib Pengerusi ‘Malaysia Crime Prevention Foundation’ (MCPF), Datuk Kamaruddin bin Md. Ali sebelum berlepas ke Perth, Australia.

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman
Antara yang hadir dalam majlis 'Sendig Off' semalam.

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman
Antara delegasi yang menyertai program lawatan dan latihan dalam perkhidmatan ke atas Polis Australia.

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman
Ucapan Naib Pengerusi ‘Malaysia Crime Prevention Foundation’ (MCPF), Datuk Kamaruddin bin Md. Ali.

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman
Ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Dato’ Shabuddin bin Abdul Wahab.

Lawat Polis Australia Untuk Luas Pengalaman
Bergambar kenangan sebelum berlepas.
ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2014 1.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM