Latihan Gemparan Api Bukit Aman
Bukit Aman - Satu Latihan Gemparan Api telah di jalankan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10.30 pagi. Latihan telah diseliakan oleh Supt. Junaidi bin Mashud, Kem Komandan Bukit Aman.
Semua pegawai dan anggota serta kakitangan awam Bukit Aman di Bangunan 33 tingkat telah bergegas turun menggunakan tangga apabila loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di perkarangan Bangunan 4 tingkat.
Penolong Penguasa Bomba, Tuan Mahendran Singh dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah hadir memantau Latihan Gemparan Api. Beliau juga telah memberikan penerangan yang panjang lebar berkaitan aspek keselamatan serta langkah-langkah yang perlu di ambilketika berlakunya kebakaran di bangunan. Kepujian juga harus diberikan kepada semua warga Bukit Aman kerana mencatatkan masa 27 minit untuk mengosongkan bangunan yang melibatkan seramai 3,000 orang.

Bergegas turun menggunakan tangga

Berkumpul mengikut tingkat bagi memudahkan pengiraan pegawai dan anggota

Tingkat 4....semua cukup

Supt. Junaidi bin Mashud, Kem Komandan bersama Penolong Penguasa Bomba, Tuan Mahendran Singh

Penerangan oleh Penolong Penguasa Bomba, Tuan Mahendran Singh