Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas

Published: 12 Jun 2014 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil pemeriksaan kontena tersebut dipenuhi dengan muatan 980 karton kotak yang mengandungi santan kelapa dan ketulan nanas. Setelah diperiksa oleh Jabatan Kimia Malaysia telah mendapati 16 karton kot..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/larut-dadah-dalam-santan-kelapa-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:22 MYT

Oleh : L/Kpl Edwind Indo

Bukit Aman, 19 NOVEMBER – Bertindak di atas maklumat daripada pihak United States Drug Enforcement Administration (USDEA), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor telah berjaya memintas sebuah kontena yang tiba di pelabuhan Klang.

Hasil pemeriksaan kontena tersebut dipenuhi dengan muatan 980 karton kotak yang mengandungi santan kelapa dan ketulan nanas. Setelah diperiksa oleh Jabatan Kimia Malaysia telah mendapati 16 karton kotak bersamaan 384 tin santan kelapa memiliki larutan dadah jenis Kokain.

"Kargo kontena itu berasal dari Negara Guyana untuk dihantar ke Mozambique dan singgah di pelabuhan Klang bagi dipindahkan ke sebuah kapal lain", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Rampasan dibuat bagi siasatan bersabit Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara tiada tangkapan dilakukan dalam operasi tersebut.

"Dianggarkan cecair dadah yang dirampas itu mampu menghasilkan tidak kurang 79 kilo dadah Kokain bersamaan RM22 juta apabila diproses. JSJN akan sentiasa berwaspada atas sebarang usaha sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menggunakan laluan udara dan perairan negara. Tindakan mengesan dan membanteras kegiatan itu akan terus diperkukuhkan menerusi jaringan kerjasama serantau serta antarabangsa seperti mana yang dilaksanakan pihak USDEA", Pengarah JSJN menutup sidang media hari ini.

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Dadah jenis Kokain cecair dimasukkan di dalam tin santan kelapa

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Antara Pegawai Kanan Polis, Pegawai Kanan KDRM dan wartawan yang hadir

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Pegawai Kanan Kastam Diraja Malaysia

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Kerjasama erat yang membuahkan kejayaan

Larut Dadah Dalam Santan Kelapa Tumpas
Rakan media yang mendapatkan maklumat lanjut

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM