Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Persidangan Polis Bantuan Kali Ke 24

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KOTA KINABALU, 19 NOVEMBER - 'Harapan saya adalah amat besar, iaitu agar agensi polis bantuan juga dapat menjadi 'partner' atau stakeholder yang penting di dalam memberi sumbangan ke arah usaha penceg..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/persidangan-polis-bantuan-kali-ke-24
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:30 MYT

KOTA KINABALU, 19 NOVEMBER - "Harapan saya adalah amat besar, iaitu agar agensi polis bantuan juga dapat menjadi 'partner' atau stakeholder yang penting di dalam memberi sumbangan ke arah usaha pencegahan jenayah," ucap YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan Dan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Kali Ke-24 Tahun 2012 yang diadakan di Dewan Persidangan Wisma SESB, Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah.

Persidangan kali ke-24 ini berlangsung 18 hingga 19 November telah dianjurkan oleh Sabah Electricity Sendirian Berhad.

Tambah beliau, peranan polis bantuan secara tidak langsung telah banyak membantu meringankan beban tugas PDRM di samping melindungi kepentingan agensi atau majikan dalam menjaga keselamatan nyawa, harta benda dan juga ketenteraman di kawasan masing-masing.

Turut hadir di persidangan ini ialah YDH Dato' Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato' Hamza bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Pesuruhjaya Polis Sabah Sarawak, Tuan Haji Bakri bin Sanusi, Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Ir. Hj. Abd. Razak Sallim, Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan.

Persidangan Polis Bantuan Kali Ke 24
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Persidangan Polis Bantuan Kali Ke 24
YDH Ketua Polis Negara memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.

Persidangan Polis Bantuan Kali Ke 24
Ketua Polis Negara memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.

Persidangan Polis Bantuan Kali Ke 24
Sekitar persidangan

Persidangan Polis Bantuan Kali Ke 24
YDH Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM