Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lapan Termasuk Lima Warga Asing Ditahan Terbabit Jenayah Samun Lori

Published: 02 Mar 2016 2.49 PM Updated: 15 Aug 2026 7.31 PM
Shah Alam, 2 Mac - Polis menumpaskan satu kumpulan samun lori berikutan penahanan tujuh lelaki dan seorang wanita, termasuk lima warga asing, dalam serbuan di Jalan Kebun, Seksyen 36, di sini petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-termasuk-lima-warga-asing-ditahan-terbabit-jenayah-samun-lori
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT


Shah Alam, 2 Mac - Polis menumpaskan satu kumpulan samun lori berikutan penahanan tujuh lelaki dan seorang wanita, termasuk lima warga asing, dalam serbuan di Jalan Kebun, Seksyen 36, di sini petang semalam.

Lima suspek lelaki warga asing itu ditahan kira-kira 6.30 petang oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan selepas melakukan risikan susulan satu kejadian samun, di Klang.

Dua lagi suspek lelaki dan seorang wanita pula adalah rakyat tempatan dan mereka ditahan di sebuah premis di sekitar kawasan sama sejurus penahanan warga asing berkenaan.

Menurut jurucakap polis, kesemua suspek berumur antara 20 dan 40 tahun itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun tiga lori milik sebuah syarikat logistik di Kampung Telok Gong, Pandamaran, dekat sini, pada Januari lepas.

"Dalam kejadian samun awal pagi, Januari lepas, beberapa lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam kawasan sebuah premis yang menempatkan lori syarikat logistik berkenaan.

"Mereka kemudiannya menyerang seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas menggunakan parang sebelum melarikan tiga lori milik syarikat tersebut," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas hari ini.

Katanya, hasil risikan polis berjaya mengesan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes samun itu dan merampas pelbagai barangan termasuk senjata.

Katanya, antara senjata yang dirampas ialah parang, pedang samurai, kapak dan sabit serta pelbagai peralatan elektrik dan elektronik disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Azman Abdul Razak mengesahkan penahanan kesemua suspek serta berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

- BERNAMA

ArticlePublished 02 Mar 2016 2.49 PMUpdated 15 Aug 2026 7.31 PM