Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Kecurian Di Ipoh Meningkat

Diterbitkan: 02 Mar 2016 2.42 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Ipoh, 2 Mac - Ketua Polis Perak, Dato' Seri Abdul Rahim Hanafi hari ini berkata terdapat peningkatan jenayah terutama kecurian di sekitar Ipoh dan Manjung.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-kecurian-di-ipoh-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:49 MYT


Ipoh, 2 Mac - Ketua Polis Perak, Dato' Seri Abdul Rahim Hanafi hari ini berkata terdapat peningkatan jenayah terutama kecurian di sekitar Ipoh dan Manjung.

Tanpa menyatakan peratusan peningkatan itu, Abdul Rahim yang menerajui polis kontinjen Perak sejak 12 Feb lalu bagaimanapun komited untuk terus memerangi jenayah bersama-sama dengan masyarakat.

"Ada peningkatan jenayah dari segi kecurian terutama di Ipoh, Manjung dan sebagainya. Dari segi jenayah kekerasan, peratusan tidak terlalu tinggi tetapi sebaliknya harta benda lebih tinggi.

"Saya akan bawa pengalaman dari Pulau Pinang ke kontinjen Perak untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pertemuan kira-kira 30 minit itu berlangsung di pejabat menteri besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Dalam pertemuan itu, Abdul Rahim turut menyakinkan Dr Zambry tentang kesungguhan beliau dan polis untuk akan terus memelihara keselamatan dan ketenteraman rakyat Perak.

Menyentuh mengenai usaha memerangi dadah seperti yang diisytiharkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, Abdul Rahim berkata pihaknya amat memerlukan maklumat daripada orang ramai untuk menjayakan 'perang' itu.

"Memang ada peningkatan peratusan jenayah dadah tetapi saya akan pastikan ia terkawal baik dari segi penyalahgunan dadah atau pengedaran dadah," katanya.

Abdul Rahim mengambil alih tugas Ketua Polis Perak daripada Datuk Osman Salleh yang bersara wajib. Beliau sebelum ini, bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2016 2.42 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM