Article
Langkah Proaktif Pdrm Dan Masyarakat Dalam Melestarikan Keselamatan Negara
Naib Pengerusi 1, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perlu ada persefahaman antara masyarakat dan PDRM dalam menge...
KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2011- Naib Pengerusi 1, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perlu ada persefahaman antara masyarakat dan PDRM dalam mengekalkan suasana selamat di negara ini.
Berucap sejurus selesainya Pehimpunan Bulanan dan Amanat Ketua Polis Negara di Maktab PDRM hari ini, beliau telah menyenaraikan beberapa cadangan dan buah fikiran sebagai usaha kepada penambahbaikan perkhidmatan diorganisasi PDRM.
Beliau telah menyampaikan beberapa harapan masyarakat terhadap kredibiliti dan penugasan PDRM - masyarakat ingin melihat profesionalisme anggota polis menjalankan tugas, dalam ertikata lain - sentiasa membantu, mesra, berdisiplin dan telus dalam menjalankan tugas.
Selain itu, masyarakat juga mahukan anggota polis yang berkhidmat berorientasikan masyarakat dan menyokong penuh konsep 4P (Protective, Performance, Proactive dan People Oriented) yang diilhamkan oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.
Beliau turut menambah, pada masa kini, wujud cabaran-cabaran yang harus dipikul oleh PDRM; meraih penghormatan dan kepercayaan daripada masyarakat, memperkasakan kuasa dan penugasan polis, meningkatkan rasa selamat di kalangan masyarakat, penerusan usaha dan komitmen dalam tugas, dan yang paling penting, interpretasi positif masyarakat terhadap PDRM.
Tanggapan masyarakat bahawa pihak polis sentiasa melindungi anggotanya yang melakukan kesalahan, tidak telus dalam membuat siasatan, mengamalkan rasuah perlu ditangkis dan diambil perhatian dalam usaha PDRM menaikkan semula imej dan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan PDRM.
Penghargaan dan pengiktirafan terhadap anggota polis yang mempamerkan perkhidmatan cemerlang perlu diberikan publisiti yang lebih meluas oleh pihak media supaya masyarakat sedar bahawa mereka inilah yang bersusah payah dan sanggup bergadai nyawa demi menjaga keamanan negara Malaysia yang tercinta.
Dengan mempamerkan kualiti kerja yang terbaik, berintegriti, profesional dan penuh ikhlas, nescaya persepsi kurang senang terhadap PDRM dapat dihakis sedikit demi sedikit dan kepercayaan terhadap PDRM dapat diperkukuh sehari demi sehari.
"PDRM perlu melantik seseorang dari sesuatu komuniti atau pertubuhan yang berintegriti sebagai 'sahabat' polis untuk memberi idea dan menyampaikan maklum balas kepada PDRM, juga sebagai pemikir dan wakil dalam memperkasakan masyarakat", cadang Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye dalam memperbaiki interprestasi masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan polis.
Motivasi juga perlu diwujudkan dalam diri setiap warga PDRM untuk membudayakan pemikiran baru bagi menjalankan tugas hakiki dan sewajarnya mengambil iktibar dari rentetean sejarah kepolisan negara, sebagai contoh - peristiwa Bukit Kepong.
Penglibatan dalam masyarakat bagi mengubah istilah 'keras dan dingin' yang ditujukan kepada polis wajar diteruskan dan ucapan tahniah kepada Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Tun Hisan atas ilhamnya melancarkan 'Ops Payung' di Selangor dan sebolehnya diimplementasikan ke seluruh negara.
"Kemahiran komunikasi anggota PDRM juga perlu dipertingkatkan dan penguasaan lebih daripada satu bahasa digalakkan bagi membolehkan interaksi secara profesional dan berhemah kepada masyarakat dibudayakan." katanya.
Beliau turut mencadangkan, kaunselor-kaunselor sukarela diwujudkan di kalangan pesara-pesara polis bagi mengaplikasi pengalaman mereka seterusnya memotivasi orang ramai dalam pencegahan jenayah.
Di akhir ucapannya, Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye melahirkan harapan agar kerjasama polis bersama masyarakat diteruskan bagi merealisasi hasrat seluruh rakyat Malaysia untuk melihat PDRM sebagai agensi penguatkuasaan undang- undang yang terunggul di mata dunia.

Wacana Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye dari YPJM bersama warga PDRM.
Berdiri...DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak, mengajukan soalan kepada Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye.
Cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara...