BUKIT AMAN - 13 Januari 2011
YDH Tan Sri Ismail dalam ucapannya yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman petang tadi menjelaskan bahawa Malaysia dan Korea Selatan sentiasa mempunyai ikatan hubungan jangka panjang dan sebagai rakan dialog ASEANAPOL, Korea Selatan juga memainkan peranan aktif bagi memastikan keselamatan dan keamanan serantau. Jelas beliau lagi kedua-dua negara selain dari hubungan keselamatan juga turut mempunyai ikatan kukuh dalam bidang ekonomi dalam menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi / Economic Tranformation Plan (ETP).
Beliau yang mewakili seluruh warga PDRM menghargai sumbangan tersebut dan akan menggunakan sepenuhnya piano yang diberikan bagi kegunaan orkestra PDRM. Piano digital yang difahamkan terkandung pelbagai lagu Korea di dalam memorinya diharap dapat didendangkan oleh orkestra PDRM, ujar Tan Sri Ismail.
Pada majlis yang sama, Duta Korea Selatan Mr Yong-Joon Lee semasa menyampaikan ucapannya berkata seluruh 20,000 warga Korea yang tinggal di Malaysia berterima kasih di atas usaha dan pengorbanan PDRM dalam menjaga keselamatan terutama sekali kepada pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Ampang di atas sumbangan dan bantuan dari segi keselamatan warga Korea.

Duta Republik Korea Selatan, Mr Yong-Joon Lee menandatangani Buku Lawatan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman
Antara jemputan yang hadir bagi menyerikan majlis.

Mr Yong-Joon Lee menyampaikan ucapan.
Penyampaian piano digital dan TV LCD Samsung oleh Mr Yong-Joon Lee kepada YDH IG Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar
Penyerahan cenderahati oleh YDH IG Tan Sri Hj. Ismail kepada MR Yong-Joon Lee.
Dendangan lagu 'And I Love U So' menggunakan piano digital oleh Konst Ridzuan.
Sesi bergambar bersama YDH Ketua Polis Negara.
YDH IG Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar melihat piano digital dan TV LCD yang disumbangkan oleh Republik Korea Selatan
Wartawan : L/Kpl Syamsul Baharin Mohamed
Jurugambar : L/Kpl Khaidzir Mahmad
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahalan