Langgar Belakang Kereta Sebelum Samun Mangsa
Melanggar belakang kereta sebelum merompak dan melarikan kenderaan mangsa merupakan modus operandi Gang Bumper sehingga cerita tentang mereka menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Kumpulan penjenayah itu yang dikesan melakukan kegiatan tersebut di Perak sehingga ke Johor didapati berpura-pura melanggar bahagian belakang kereta sebelum memeras ugut dan melarikan kenderaan berkenaan apabila mangsa berhenti.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, seorang lelaki membuat laporan pada pukul 3.34 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Sabtu lalu menyatakan keretanya dicuri di Jalan Ali.
Ekoran daripada laporan ini suspek berjaya diberkas dan hasil siasatan suspek mengaku melakukan kegiatan ini bersama rakan-rakannya dengan cara melanggar belakang kereta, kemudian menyamun serta membawa lari mangsa dan melakukan peras ugut RM5,000 pada 17 April lalu di daerah Muar.
Sumber : Utusan Malaysia