Dari Bukit Aman Kecemerlangan Sukan Pdrm
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan pelbagai inisiatif untuk membudayakan sukan sebagai satu daripada usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi dan sekali gus menjadikan sukan satu agenda merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat.
Kecemerlangan PDRM dalam bidang sukan memang terbukti dengan tokoh sukan yang bukan sahaja berjaya mengharumkan nama PDRM, malah turut menjulang nama Malaysia di persada dunia.
Pembabitan warga PDRM dalam arena sukan sudah mencatat tahap tertinggi apabila atlet turut serta dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa termasuklah Sukan Sea, Sukan Asia serta Sukan Komanwel.
Sumber : Harian Metro