Satu geng samun berjaya ditumpaskan polis Melaka ekoran penangkapan tiga suspek termasuk seorang wanita di Taman Delima Raya, Bukit Baru, Melaka Tengah. Polis merampas lima telefon bimbit dan satu beg tangan wanita yang dipercayai hasil samun serta dua motosikal termasuk sebuah dilapor dicuri di Alor Gajah. Modus operandi merek sama ada menunggang motosikal dan meragut mangsa atau menyamar sebagai penguat kuasa dan mengugut mangsa dengan parang agar menyerahkan barangan berharga.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo