Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara

Published: 12 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 1 Ogos – Kawalan ke pintu masuk utama negara khasnya KLIA akan diperketatkan berikutan percubaan menyeludup masuk dadah oleh warganegara asing kebelakangan ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-sindiket-dadah-tumpas-di-pintu-masuk-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT
Wartawan : L/Kpl Irfan Bujang
Foto : L/Kpl Shareel Shahriman


BUKIT AMAN, 1 Ogos - Kawalan ke pintu masuk utama negara khasnya KLIA akan diperketatkan berikutan percubaan menyeludup masuk dadah oleh warganegara asing kebelakangan ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) baru-baru ini telah berjaya memintas dua percubaan penyeludupan dadah oleh warganegara Iran dan Guinea dalam dua kes yang berasingan. 

Kes pertama menyaksikan tangkapan ke atas seorang wanita warganegara Guinea berusia 30 tahun di KLIA yang telah tiba pada 30 Julai dengan penerbangan dari Cairo ke Kuala Lumpur bersama rampasan 1kg syabu yang disembunyikan di ruangan beg yang dibawanya dan 515g lagi yang disorokkan di dalam seluar dalamnya.

Satu lagi tangkapan pula pada 26 Julai lalu ke atas seorang lelaki warganegara Iran berusia 41 tahun yang tiba dari Doha dengan hasil rampasan 1.15kg syabu yang disembunyikan dalam ruangan beg yang dibawanya. 

Kedua-dua tangkapan ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
YDH Datuk Noor Rashid Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) ketika sidang media.

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
Antara hasil rampasan

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
YDH Pengarah JSJN bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan hasil rampasan.

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
Antara hasil rampasan.

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
Menunjukkan dadah yang disembunyikan di dalam seluar dalam.

Lagi Sindiket Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Negara
Antara wartawan yang hadir.

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM