Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Pusat Hiburan Diserbu

Published: 24 Feb 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Metro Pudu, diserbu polis semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-pusat-hiburan-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:50 MYT

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Metro Pudu, diserbu polis semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran. 

Pusat karaoke itu didapati menawarkan perkhidmatan GRO warga asing, selain menyediakan perkhidmatan seks dengan bayaran RM150 hingga RM200 di hotel-hotel bajet berhampiran. 

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila premis terbabit diserbu anggota Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman. 

Ketua Operasi, Superintendan Razali Abu Samah berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, muzik sedang dimainkan dengan kuat, dengan 60 pelanggan berada dalam premis yang mem-punyai 50 bilik karaoke. 

"Kesemua pelanggan itu dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi,' katanya. 

Pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dipercayai pengurus dan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dipercayai penjaga GRO itu bagi membantu siasatan. 

Kesemua wanita warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju. ditahan.

Sumber: Sinar Harian

Lagi Pusat Hiburan Diserbu

ArticlePublished 24 Feb 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM