Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

70 Juvenil Ditahan Salah Guna Dadah

Diterbitkan: 24 Feb 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seramai 70 juvenil kerana terlibat dalam gejala dadah dalam tempoh kurang daripada dua bulan ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/70-juvenil-ditahan-salah-guna-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:37 MYT

KOTA BHARU: Polis menahan seramai 70 juvenil kerana terlibat dalam gejala dadah dalam tempoh kurang daripada dua bulan ini. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, seramai 16 orang daripada yang ditahan itu adalah pelajar sekolah manakala selebihnya tidak bersekolah. 

Menurut beliau, pemantauan yang berterusan daripada ibu bapa serta guru-guru juga amat penting bagi mengelak pelajar terjerumus dengan gejala berkenaan. 

"Kebanyakan belia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada anak yatim yang telah kehilangan bapa. Oleh sebab itu, keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing " katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

70 Juvenil Ditahan Salah Guna Dadah

ArtikelDiterbitkan 24 Feb 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM