Article
Lagi Pdrm Harum Nama Malaysia Melalui Sazali Samad
Sepang, 19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad dalam Kejoh...
Oleh : Kpl Edwind Indo
LAGI PDRM HARUM NAMA MALAYSIA MELALUI SAZALI SAMAD
Sepang, 19 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia melalui kejayaan ke-9 Sub Inspektor Sazali bin Abd Samad dalam Kejohanan Bina Badan Dunia '5th WBPF World Championship' di Budaors, Hungary bermula 13 November lalu.
Anak kelahiran Batu Pahat, Johor bersama lima orang atlet bina badan lain selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Thai Airways TG 417. Meskipun masih dalam keadaan keletihan namun mereka merasa amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh Pegawai serta anggota polis malam tadi.
Ketibaan mereka disambut oleh YDH Dato' Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman. Turut serta adalah Pegawai Kanan Polis mewakili setiap jabatan Bukit Aman, Pegawai Polis, Anggota Polis dan ahli-ahli keluarga.
Seramai 250 atlet bina badan yang terdiri daripada 30 buah negara telah terlibat di dalam kejohanan itu. Malaysia telah diwakili 5 atlet termasuk S/Insp Sazali bin Abd Samad, Koperal Azahar bin Mohamed, SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Buda anak Anchah dan Mohamad Roszaimi Abdul Rani.
Bagi S/Insp Sazali bin Abd Samad, ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan setelah 5 kali berturut-turut merangkul mahkota Mr. Universe (Lightweight 70 KG) selepas Mr. Universe (Bangkok 2012) pada tahun lepas. Turut terpilih adalah Koperal Azahar bin Mohamed dan SP Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ( ketiga Body Classic).

Ketibaan atlet Kejohanan Bina Badan Dunia '5th WBPF World Championship' di Budaors, Hungary disambut oleh YDH Dato' Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman

Atlet Kejohanan Bina Badan Dunia '5th WBPF World Championship' di Budaors, Hungary disambut oleh YDH Dato' Ghafar bin Rajab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentabdiran) Bukit Aman dan Pegawai Kanan Polis

Bacaan doa selamat oleh Inspektor Muaz bin Abdullah Habib dari Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

Kepulangan S/Insp Sazali bin Abd Samad Mr. Universe (Hungary 2013) disambut oleh anak-anak tersayang di Bilik Tetamu KLIA malam tadi

Bergambar kenangan bersama rakan-rakah ahli bina badan yang lain

Sidang media bersama wartawan Astro Awani

Ketibaan S/Insp Sazali bin Abd Samad, Mr. Universe (Hungary 2013) disambut dengan sorakan 'Malaysia Boleh' oleh Pegawai dan Anggota Polis yang hadir

Bergambar kenangan bersama Pegawai dan anggota polis yang hadir

Antara Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat untuk melicinkan perjalanan Majlis Sambutan Atlet Bina Badan PDRM di KLIA malam tadi