Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Makmal Dadah Diserbu

Published: 13 Jun 2014 6.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.10 tengah malam Sabtu lalu, polis turut merampas sejumlah heroin yang dianggarkan bernilai RM150,000 selain menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-makmal-dadah-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:34 MYT

NIBONG TEBAL 18 Mei 2010 - Polis membongkar sindiket pengedaran dadah terbesar di daerah ini selepas menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin di Taman Tambun Emas, Simpang Ampat di sini baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.10 tengah malam Sabtu lalu, polis turut merampas sejumlah heroin yang dianggarkan bernilai RM150,000 selain menahan dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafien Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Berdasarkan maklumat itu, katanya, polis kemudian mengekori kenderaan terbabit sebelum bertindak menyerbu rumah teres berkenaan yang disewa sejak beberapa bulan lalu.

"Polis menggeledah rumah itu dan menemui beberapa peket plastik berisi ketulan dadah dipercayai heroin dalam sebuah bilik.

"Kesemua dadah itu dianggarkan seberat 3.2 kilogram dan harga pasarannya ketika ini kira-kira RM150,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Shafien, rumah terbabit dipercayai disewa untuk dijadikan pusat pembungkusan oleh kedua-dua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Tambahnya, kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah malah ujian air kencing yang dilakukan mendapati mereka negatif dadah.

Polis, katanya, percaya dadah terbabit untuk diedarkan di pasaran tempatan oleh kedua- dua suspek yang yang berasal dari Jitra, Kedah dan Pulau Pinang.

Mereka kini direman sehingga 21 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 13 Jun 2014 6.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM