Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

12 Pelacur Ditahan

Diterbitkan: 13 Jun 2014 6.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bersarang di sebuah hotel bajet di Sri Damansara di sini, seramai 12 pelacur warga China berusia 20 hingga 25 tahun akan mengghairahkan pelanggan dalam keadaan separuh bogel untuk menarik perhatian..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-pelacur-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:02 MYT

PETALING JAYA 21 Mei 2010 - Bersarang di sebuah hotel bajet di Sri Damansara di sini, seramai 12 pelacur warga China berusia 20 hingga 25 tahun akan mengghairahkan pelanggan dalam keadaan separuh bogel untuk menarik perhatian.

Namun aksi 'panas' untuk memastikan pelanggan tidak pulang begitu sahaja menjerat diri apabila perbuatan itu dilakukan di hadapan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Bukit Aman yang melakukan risikan di hotel tersebut.

Berikutan itu, kesemua 12 pelacur yang kononnya bekerja di spa hotel tersebut sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 32 tahun yang bertugas sebagai penjaga spa dan pengurus pelacur berkenaan.

Selain itu polis turut menahan lima daripada enam pelanggan yang sedang membuat pilihan ke atas pelacur terbabit manakala seorang lagi sedang berasmara di bilik.

Jurucakap D7 Bukit Aman berkata, seramai 10 pelacur yang ditahan memegang pas lawatan sosial manakala dua lagi tiada dokumen perjalanan sah.

"Mereka dikatakan menarik perhatian pelanggan dengan mempamerkan hampir seluruh tubuh badan. Bagi setiap langganan, pelanggan perlu membayar RM208 termasuk harga bilik.

"Siasatan mendapati segelintir pelacur itu turut mengambil dadah kerana kita menemui satu peket dadah dipercayai syabu," katanya di lokasi serbuan di sini malam tadi.

Menurut jurucakap itu, siasatan polis mendapati spa yang terletak di tingkat satu dan dua di hotel tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Jelasnya, kesemua pelacur yang ditahan didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 6.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM