Geng Manik Tumpas 32 Kes Samun Berjaya Diselesaikan
Kuantan
- Bertindak di atas kes samun yang dilaporkan di Taman Fairmont Jaya,
Kuantan, satu serbuan telah dilakukan oleh pihak polis terhadap sebuah
rumah di Jalan Bukit Setongkol, Jumaat lalu selepas polis berjaya
mengesan dan mengekori sebuah kereta yang digunakan oleh suspek.
Menurut
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Mohd Zakaria Bin Ahmad berkata,
hasil daripada serbuan tersebut, polis berjaya menangkap 11 lelaki, 3 daripada mereka adalah rakyat tempatan dan selebihnya adalah warga Indonesia.
Kumpulan
tersebut yang dikenali sebagai Geng Manik dipercayai aktif melakukan
samun dan pecah rumah di sekitar daerah Kuantan, Pekan, Maran, Bera dan
Bentong.
Kesemua suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut.
Dengan
tertumpasnya geng ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan 32 kes
samun dan pecah rumah di daerah Kuantan, Pekan, Maran, Bera dan Bentong.
