Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste

Published: 12 Jun 2014 3.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sesungguhnya seluruh pucuk pimpinan PDRM amat bangga dan yakin dengan kebolehan dan keupayaan tuan-tuan dalam menjalankan tugas demi menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia khasnya dan negara Malaysia..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-ketibaan-pegawai-anggota-dari-misi-pengaman-pbb-timor-leste
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT

Oleh : L/Kpl Raymond

KLIA, 15 NOVEMBER 2012 - "Saya difahamkan Inspektor Mohd Azmi bin Abd Rahim yang mengetuai rombongan ini serta anggotanya telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Begitu juga dengan pasukan perubatan ATM yang ditugaskan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara. Sesungguhnya seluruh pucuk pimpinan PDRM amat bangga dan yakin dengan kebolehan dan keupayaan tuan-tuan dalam menjalankan tugas demi menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia khasnya dan negara Malaysia amnya" ucap YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan (LTAB) sempena menyambut kepulangan Pegawai/ Anggota MAL-FPU Briged Tenggara dan Pegawai Perubatan ATM dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste.

Seramai 76 orang Pegawai dan Anggota PGA Briged Tenggara yang diketuai oleh Inspektor Mohd Azmi bin Abd Rahim bersama 2 orang Pegawai Perubatan ATM selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport dalam jam 3.30 petang tadi setelah berkhidmat selama 6 bulan dalam Misi Pengaman PBB Timor-Leste.

Turut hadir di majlis ini Y.Bhg Col. (Dr) Mohd Razin bin Kamaruzaman, wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas ATM, YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara serta Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan (LTAB), menyambut ketibaan Pegawai dan Anggota dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste. 

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
YDH SAC Dato' Azizanbin Abu Taat, Komander Briged Tenggara menyambut ketibaan Pegawai dan Anggota dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste. 

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah PGA/ Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan (LTAB), menyambut ketibaan Pegawai dan Anggota dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste. 

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Y.Bhg Datin Normah binti Mohd Shah menyambut ketibaan Pegawai dan Anggota dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste. 

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Pegawai dan Anggota dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste.

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Pegawai dan Anggota dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste.

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Pegawai dan Anggota PDRM bersama Pasukan Perubatan ATM dari Misi Pengaman PBB Timor-Leste.

Ucapan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim.

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Ucapan oleh Insp Mohd Azmi bin Abd Rahim.

Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Insp Mohd Azmi bin Abd Rahim menyampaikan cenderamata kenangan kepada YDH DCP Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim.

Sesi Bergambar Kenangan
Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste
Lagi Ketibaan Pegawai Anggota Dari Misi Pengaman Pbb Timor Leste

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM